Wednesday 15 May 2013

..antara cikgu yang takde galang gantinya




Mok..
Along dah hilang seorang cikgu yang sangat sangat sangat Along sayang..
Yang sangat berjasa pada Along..
Yang selalu bersama Along di setiap susah senang Along..
Yang kadang-kadang tegur kesilapan yang Along selalu buat..
Yang selalu puji tiap apa kebaikan yang Along buat..
Ucapan 'tak mboh' pada mok selalunya mok tak maksudkannya pun..
'Tak mboh' mok hanya pada mulut, bukan pada hati dan perbuatan mok..
Dalam pada mok 'tak mboh', mok tetap buat demi anak-anak..
Mok memang takkan mengecewakan kami adik-beradik..
Mok memang terbaik..

Mok bukan seorang yang lokek..
Sebab tu la sampai ke pengakhiran mok pun rezeki buat mok tak pernah putus dan surut..
Ketika mok masih lagi bersama kami..
Tiap sesiapa yang datang rumah, mulut mok takkan lepas bertanya 'makan nasi dah ker?'
Kalau yang belum makan mok hidangkan..
Yang dah makan pulak mok sertakan bekalan..
Mok memang terbaik..

30tahun lebih dah mok jadi cikgu..
Dari Along umur setahun, mok dah mula mengajar Along menerima 'pelajar-pelajar' mok yang mok asuh..
Tp..

Akid Rais adalah 'pelajar' mok yang terakhir..

Mok tak sempat jadi cikgu untuk Dhani..
Tak sempat Dhani nak mengenal tunjuk ajar dari Tok Wan nya..
Mok dah pun pergi tinggalkan dia..
Along akan menangis bila fikirkan..
Andaikata Dhani ditakdirkan nak dapat adik nanti..
Along dah takde 'peneman' diketika Along sakit..
Dah takde mok yang tolong gosok belakang Along yang ibarat kain di perah-perah..
Dah takde mok yang suapkan 'selusuh' untuk Along..
Dah takde mok yang tolak kerusi roda untuk Along ulang alik ke bilik check jalan..
Dah takde mok yang akan tunggu Along sebelum ditolak masuk ke LR..
Dah takde mok yang berikan Along kata-kata semangat untuk Along lahirkan cucu untuk mok..
Dah takde yang akan jaga Along ketika berpantang..
Mok memang terbaik..

Ya Allah beratnya perasaan aku sekarang ni..
Pemergian mok secara mengejut camni, sangat-sangat buat kami  kadang-kadang percaya, kadang-kadang tak..
Kadang-kadang bila bangun pagi, ternampak-nampak mok ke hulu ke hilir kat dapur duk siapkan sarapan untuk kami..
Bila malam sebelum tidur, ternampak-nampak mok panjat anak tangga nak naik ke ruang tamu semata-mata nak berborak dengan anak-anak sebelum masuk tidur..
Tp kata adik-adik, ianya tidak berlaku pada malam terakhir mok..
Mok hanya diam dan terus masuk ke bilik..

Dan sekarang, tiap kali nak lelapkan mata, Along terbayang-terbayang kali terakhir Along mandikan mok dan terngiang-ngiang kata hati Along, 'Celikla mata, mok. Mata dh kene air. Hidung dh masuk air. Mulut mok dh kumur air.'
Tp mok tetap kaku camtu jugak..
Maknanya mok memang benar-benar dah tinggalkan kami..
Dah tinggalkan bak yang sekarang ni langsung takleh tengok gambar-gambar, pakaian mok depan mata lagi..
Tinggalkan Along, Abg Long dan Dhani yang belum pun puas membahagiakan mok..
Tinggalkan Angah yang belum sempat tunjukkan pada mok yang dia dah dapat capai impian sepertimana yang mok selalu doakan.. Tp Angah tetap sempat berbakti pada mok sekalipun Allah belum bukakan hati mana-mana pihak berkenaan untuk perkenankan doa mok..
Tinggalkan Emmi yang baru jer sebulan habiskan pengajian dan berjinak-jinak dengan perniagaan kecik-kecilan.. Tak sempat jugak mok tengok Emmi ada dapur sendiri nak buat kuih sepertimana yang mok rancang nak buatkan untuk dia..
Tinggalkan Adik Erra yang masih lagi belum puas bermanja dengan mok..

Sangat berat hati kami nak lepaskan mok pergi..
Tp kami terpaksa redha dengan qada' dan qadar TUHAN..
Pahala mok mengandungkan kami dan tunjuk ajar mok pada kami adik beradik, pada anak-anak asuhan mok..
Bakti dan taat setia mok pada bak..
Sikap mengalah mok dalam segala hal..
Kebaikan mok dan sifat tidak lokek mok pada semua orang..
Sabar mok dalam melalui segala dugaan dalam hidup mok selama 53tahun ni..
Kami yakin JANNAH tempat mok.. Aamiin..

______________________________________________________

Buat adik-adik..

Along tau, along dop la sesempurna mok..
Tp Along akan cuba jadi yang terbaik untuk awak semua..
Jangan sedih-sedih..
Mok mesti dop suka kalau anak-anak dia sedih-sedih..
Kita kena kuat demi bak..
Bak jer yang kita ada sekarang ni..
Kalau awak semua dop kuat, camne Along nak kuat?
Memang..
Mula-mula ni akan rasa janggal..
Tp in shaa Allah kita akan terbiasa nanti..
Walaupun kita tau, semua perkara dalam rumah tu semua mok yang conquer dan handle..
Anggaplah semua yang berlaku ni ada hikmahnya untuk kita dan ada kebaikannya untuk arwah mok..

Angah Eja..
Cepat baik demam..
Jangan terlalu fikirkan masalah-masalah yang akan timbul selepas ni..
Kalau awak sakit, saya pun turut sakit..
Sebab sekarang ni saya dan bak sangat trauma dengan perkataan DEMAM.. 

Emmi..
Biarpun mok dah tak dop..
Tak bermakna cita-cita awak akan terbengkalai camtu jer..
Mok tentu nak tengok awak berjaya kat sana.. 
Jaga kesihatan baik-baik..
Kalau awak sakit nanti, camne awak nak jaga Dhani..
Jaga bak dan cuci luka bak baik-baik cam yang selalu mok buat..
Awak jer yang boleh buat kerja-kerja tu..
Tanggungjawab awak makin besar, Mi.. 
Along harap semua tu akan buat awak lebih matang..

Adik Erra..
Redha lebih baik..
Along tau awak tak puas bermanja dengan mok..
Dan Along tau sebelum mok 'pergi' awak dah mula luahkan perasaan dan rasa hati awak pada mok..
Mok ada bgtau Along yang awak sedang melalui hari-hari remaja..
Luahan awak mok dengar sebab mok tak nak awak memberontak..
Sekarang ni, tugas tu ada pada Along, Angah dan Kak Emmi..
Ada masalah atau ada apa-apa yang perlu awak nak luahkan, luahkan pada kami..
Tp kalau ada yang kami tegur, jangan ambil hati..
Sebab kami hanya nak yang terbaik untuk kamu..

Buat pok2 sdare dan mok2 sdare..
Terima kasih sebab ambik berat pasal kami dan bak..
Selalu jenguk kami..
Isi hari-hari kami dengan gelak tawa walaupun masih lagi terasa pahitnya..
Tp kami hargai usaha kalian..
Korang adalah yang terbaik..
Terima kasih..

 
  







Tuesday 7 May 2013

Separuh jiwa kami telah pergi





21 April 2013/Ahad

Pagi ni macam biasa, aku hantar Dhani ke rumah mok.
Mok ceria jugak.. Macam pagi-pagi yang sebelumnya.. Sambut Dhani dari dalam kereta..
Dengan senyum sedepa..

Kursus perkongsian maklumat..
Lunch hour aku keluar dengan Angah ke bank..
Tp masih lagi sempat jengah rumah mok..
Kebetulan suami pun ada kat situ..
Masuk opis, dalam jam 3.30pm aku call mok, tp Emmi yg jawab..
'Mok demam'... Mengejut...

Petang singgah rumah mok nak ambik Dhani..
Pegang dahi mok.. Panas..
Mula risau nak tinggalkan Dhani hari Rabu nanti..
Mok cakap 'Dop apa Long.. Mok demam biasa jer ni.. Nanti g klinik baikla..'

23 April 2013/ Selasa

Pagi-pagi lg keluar..
Gi pasar.. Beli lauk sikit nak tinggalkan untuk suami sepanjang kursus di Intan Kedah..
Terus gi makan pagi kt kedai mee sup Mak Wan..
Call mok tanya makan x lagi? Demam x lagi?
Mok kata demam lagi.. Baru lepas makan nasi lemok bak beli..
Kata aku kat suami.. 'Elok mok demam nih makan sup panas2'..
So suami pun tapaukan utk mok n Emmi..
Singgah farmasi beli ubat demam yg kuat sekali..
Gi hantar mee sup n ubat rumah mok..
Rasa lagi dahi mok.. Masih lagi panas..
Mok cakap dah gi klinik.. Nanti baik la tu..

Malam call lagi mok..
Mok cakap ubat Along beli dah makan..
Tp masih xde kurang..
Bertambah-tambah risau aku..

24 April 2013/ Rabu

Turun dari rumah terus ke rumah mok..
Jumpa mok sebelum bertolak ke Kedah..
Badan mok masih lagi suam-suam..

Sepanjang perjalanan ke Kedah, adala dalam 4-5kali aku call mok..
Tp Emmi jer tukang jawab..
Katanya mok baru lepas balik klinik..
Kene cucuk ubat.. Tidur..
Kata Emmi suhu badan mok 37'c..
Risaunya aku TUHAN jer yg tahu..

Sampai sana, terus call tanya keadaan mok..
Bak cakap mok dh ok sikit..
Dah makan sikit2 walaupun masih lg muntah2..
Menung kejap aku..
Tp Angah dah start balik keje awal sbb nak jaga mok..
Sedikit rasa tenang..

25 April 2013/ Khamis

Hari pertama berkursus..
Walaupun sibuk dengan tugasan berkumpulan, kepala tak putus pikir pasal mok..

Lunch hour call mok, mok cakap 'Along dop payoh risau2 la.. Mok dop menda2 pun..'
Bila teringatkan balik kata2 mok ni, aku jadi sebak..
Kuatnya semangat mok nak buat aku rasa lebih tenang kt Kedah..

26 April 2013/ Jumaat

Call suami..
Dia cakap ada kat rumah mok..
Nak bawak Dhani jalan-jalan ke taman..
Aku tanya suami, mok jaga atau x? Kalau mok jaga, aku nak cakap ngan mok..
Suami terus bawak hp dia kt mok..
Suara mok lebih segar sedikit berbanding sebelumnya..
Walaupun mok cakap dia masih lg sakit-sakit badan..
Lega sedikit rasa hati aku..

Malamnya call lg..
Suami masih lg kat rumah mok..
Makan malam ramai-ramai kt situ..
Dapatlah borak ngan Dhani yg bertempik riuh rendah..
Bitau Dhani yg esok mama dah nk bertolak balik !

27 April 2013/ Sabtu

Pagi-pagi lg dah bertolak ke Jeti Kuala Kedah..
Nak ke Langkawi..
Dalam kepala aku hanya barang-barang yg mok kirim..
Mangkuk kuah berkaki, handbag, sudu/garfu gantung, minyak serai wangi..
Tp yang aku jumpa hanya sudu/garfu gantung & minyak serai wangi..
Handbag ada.. Tp bukan taste mok..

28 April 2013/ Ahad

Sampai Dungun lebih kurang jam 4.30am..
Suami jemput kt depan kedai Kemboja..
Baik rumah tido jap sbb jam 8.30 nanti ada kursus plak..
Jam 7.30am turun dari rumah terus ke rumah mok..
Senang hati aku tengok mok dah mula ke hulu ke hilir kt dapur..
Masak beehun.. Sempatla aku jamah..
Berikan sudu gantung, minyak serai wangi, teko n coklat kt mok..
Tp mok sikit pun xberia..
Tak macam biasa..
Aku terpandang frame gambar kecik kat atas almari dapur yg selama ni kosong, tiba-tiba ada gambar lama..
'Gambo sape ning mok?' Tanya aku..
'Horrr mok jupe.. Ingat gambo arwah bok ( ayah bak ) rupanya gambo arwah ayah long ( abg mok yg sulong )'.. Jawab mok..
Sikit pun aku tak terasa apa-apa..

Tengahhari gi bank keluarkan duit..
Singgah rumah mok..
Bagi mok duit.. Extrakan duit utk mok beli handbag bila kt Kuantan utk beli baju raya adik-adik ngan bak nanti..
Tp tak sempat borak panjang pun sbb petang tu sambung kursus lagi..

Petangnya jam 5.15pm aku terus gi ambik Dhani..
Mok kata ' Anok awok baik, Long. Mok tak jupe lagi budak baik cam anok awok. Guling-guling, sengeh-sengeh, tertido. Tak dan semalaman pun tido ngan mok.'..
Mok bg lauk sotong masak merah..
Mok kate awok xpayah sibuk-sibuk masak dah balik rumah nanti..
Mok hantar Dhani sampai ke kereta..
Lambai-lambai jenguk Dhani ikut tingkap.. Ya Allah sayunya kalau ingatkan mok masa tu..
Sikit pun aku takde rasa kelainan yg mok tunjukkan..

Maghrib..
Dhani nangis teresak-esak..
Sampai meleleh-leleh airmata..
Pujuk-pujuk.. Bagi susu... Diam.. Terlelap...
Dalam jam 9pm Dhani terjaga..
Kali ni dia sangat 'galak'..
Ketawa mengekek-ngekek..
Aku cakap 'Tidola adik... Mama ngantuk ni..'
Suami plak cakap, takpela anak tido ngan dia nanti..
Sooo tak sedar bila masa aku terlelap..

29 April 2013/ Isnin

Terjaga..
Tgk suami bukak pintu rumah..
Turun ke tanah..
Aku tgk jam dalam 1.30am..
Suami masuk 'Yu.. Awak dengor dop bunyi guruh cam pelik?'
Aku jawab 'Orang training nak buat persembahan PRU13 nanti kot'..
Padahal dalam hati aku hanya ingatkan KIAMAT..
Lagi sekali suami turun ke tanah dan masuk semula ke rumah..
'Dop Yu.. Bunyi guruh.. Sebeloh pantai nung..'
Tp mmg bunyi sgt aneh..
Tak pernah aku dengar bunyi guruh sepelik tu..

Jam 3.30am..
Handphone berbunyi..
Nama Angah naik.. 'Along awok mari rumoh Along.. Mok selok..'
Aku bangun.. Bukak lampu.. Dukung anak.. Terus turun dari rumah..
Sepanjang jalan aku doa moga mok takde apa-apa.. Aku baca Al-Fatihah n Ayatul Kursi..
On the way ke rumoh mok, Angah call lg skali..
Mintak singgah hospital Dungun follow up, ambulans tak sampai-sampai..
Diorang cakap baru nak turun..
Baru nak turunnnnn?????
( Yang ni sampai ke hari ni aku terkilan ngan servis hospital besar Dungun )
Suami terus pecut ke rumah mok..
Sampai rumah moh, jiran-jiran semua dah penuh kat dapur, dekat ngan bilik mok..
Bak cakap 'Sabo Yu.. sabooo..'...
Aku dah rasa tak sedap hati..
Dhani jiran ambik dukung..
Masuk bilik mok, mok dah diam.. Kaku..
Kaki tangan semua dah sejuk..
Tak dapat aku nak gambarkan camne perasaan aku masa tu..
Hanya orang yg pernah hilang mok akan tau..
Aku pegang tangan mok.. Tengok dah ada biru-biru..
Aku cakap 'Mok... Bukela mata. Along mari. Dhani ada ni.'..
Tapi mok kaku camtu gak..
Tak lama ambulans sampai..
HA check nadi mok, mata mok..
Dalam hati aku, harap-harap nadi mok masih berdenyut..
Tp..
Diorg cakap MOK DAH TAK DOP !
Innalillah hiwainna illahirrajiun...
Masa tu jugak aku menjerit dalam hati 'Cepatlah kejutkan aku dari mimpi ni Ya Allah..'
Walaupun aku tau, semua tu realiti..
Suami peluk aku dan Adek Erra..
Aku menangis.. Adek Erra merintih..
Angah dan Emmi meratap sayu di kaki mok..
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..
Tu jer termampu keluar dari mulut aku masa tue...
Dari Allah mok mari, kepada Allah jugak mok kembali..

__________________________________________________________________________


Mok..
Kejap jer mok gi..
Mudah sangat caranya mok tinggalkan kami..
Mok sihat sehari seolah-seolah cam mok hanya tunggu Along balik ke mari..
Along dan adik-adik sentiasa harapkan semua ni mimpi..
Tidur malam minta kejut esok pagi mok masih ada kat sisi kami..
Sempat 6bulan jer mok jadi Tokwan kepada Dhani..
Tp kami kat sini redha kepergian mok bertemu Ilahi..
Mudah-mudahan mok lebih tenang dan bahagia kat sana nanti..
Along dan adik-adik dan bak kat sini hanya mampu sedekah Al-Fatihah dan doa mengiringi..
Walaupun kami masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi..
Tp kami tetap akui ketentuan TUHAN yang setiap yang datang, pasti akan kembali..
Apa yg boleh menyedapkan hati kami buat masa ni, mok pergi sebagai seorang isteri yang sangat taat pada suami..
Moga TUHAN tempatkan mok di tempat yang telah DIA janji...
Aamin..

Sedekahkanlah Al-Fatihah buat arwah mok kami...