Monday 30 December 2013

... kalau dah namanya MAK kan ?




tadi terbaca satu tulisan dari blog nih..
http://faizhamsidi.wordpress.com/2013/09/18/anak-dua/

bila anak dah dua, bermulalah kehidupan yang dinamakan 'kelam dan kabut'..
hahaha..
tp ALHAMDULILLAH si penulis memuji si wife..
dalam keadaan tak sihat camne pun, si wife akan pastikan perut si penulis dan anak-anak terisi.
memang kalau dah namanye MAK kan ?

yang sebenarnya memang bukan mudah sebagai MAK yang BEKERJAYA handle keluarga kan ?
tapi takla bermakna tugas MAK yang surirumah sepenuh masa tu ringan.
cuma bezanya, MAK bekerjaya ni, walaupun dalam duk 'mikior' pasal kerja kat opis, masih lagi sempat 'mikior' tentang RUMAH, SUAMI dan ANAK.

' nak masak pe balik petang nih erk ? asam pedas ker ? alaaa.. si anak plak takleh makan pedas..'
' eh nak buat sup ayam, daun sup plak takde lagi..'
' alaaaa bawang merah dah habis lah..'
' nak masakkan apa yang boleh anak ngan abah makan skali erk ? '
SURE soalan-soalan yang camni selalu ada dalam kepala korang kan ?
tak mudah sebenarnya menjadi seorang MAK yang BEKERJAYA..
kena pikir banyak benda dalam satu masa.

sekarang ni baru anak sorang.
belum lagi dua atau tiga.
mungkin kehidupan lagi terkejar-kejar kan ?
tapi tu la, diorang sebenarnya pembawa REZEKI... ALHAMDULILLAH..

bernasib baik sebab tinggal di kampung halaman sendiri.
tak sibuk dengan hiruk pikuk ' the way we jammed '..

dan sangat-sangat beruntung MAK cam saya ni ada si suami yang memahami.
~ MAK balik terkejar-kejar nak masak lauk, si suami plak tolong basuh beras masak nasi.
~ sudah makan, si suami basuh pinggan mangkuk sendiri sebab si suami tengok MAK masih lagi duk sebok suapkan si anak, belum lagi suap ke mulut sendiri.
~ si suami mesinkan kain baju dalam 'washer machine', tinggal MAK nih jemurkan jer pagi-pagi esok.
~ kalau jam 9pm si suami tengok si MAK nih dah terlelap, si suami lah tolong berjaga susukan si anak 3jam sekali.
ALHAMDULILLAH.

dan sekarang nih, tunggu si anak dah tak menyusu di malam hari jer kalau nak tambah lagi 'produk baru'.. hehehe..
MAK nak rehat dulu okey hehehe..

Tuesday 10 December 2013

Tarikh Keramat K.A.M.I ~ 11.12.11

Esok dah masuk 2 tahun aku bergelar PUAN..
Anyway PUAN la sangat.. Hehe..
Tapi tarikh untuk esok lagi CANTEK.. 11.12.13..

Bermulanya cerita K.A.M.I..


                   - ni la gambo mula-mula ktorang tgkap masa berchenta dulu-dulu-


Berkenalan pada 7/11/10..
Berkawanla kami selama sebulan..

Pada 8/12/10 adalah 1st date kami..

26/12/10 dia putuskan nak jumpa Bak n Arwah Mok..
Gentlemannya dia masa dia cakap 'Bak, kite sebenornya suke ker Ayu. Kite ingat nak bowok dia g jupe keluarga kite 30hb ni.'
Uuhaiiiii ~

30/12/10 ~ Jumpe la aku dengan keluarga si dia. Alhamdulillah mendapat restu.

Aku pun dirisik pada 26/3/11..

Bertunanglah kami pada 11/6/11..

Dan alhamdulillah lepas segala macam dugaan dan rintangan kami tempuhi selama 6 bulan bertunang, 11/12/11 kami pun SELAMAT menjadi suami dan isteri.

Segalanya selesai hanya dalam tempoh setahun kami kenal..
Betullah kata Ustaz Kazim ' Kalau dah jodoh...' hehe..
Dan dengan izin Allah SWT..
Esok genaplah 2 tahun kami hidup bersama..
Semoga kami dimurahkan rezeki..
Dipanjangkan jodoh bersama sampai Ahmad Dhani Efendi akan dapat adik dan adik dan adik lagi..
In shaa ALLAH..
Semoga kami kekal bahagia sampai syurga.. Aamin Ya Rabbal Alamin ~

Monday 28 October 2013

...ketika Ahmad Dhani Efendi dalam rahim mama.



Dah masuk setahun satu-satunya hero mama buat masa ni, Ahmad Dhani Efendi.
Nama yang dari dalam perut lagi dah mama n abah duk berkenan.
Arwah tokwan n aki pulak dari mama kecik2 lagi dah duk berkenan dengan nama Efendi.
Mama tunaikan hajat arwah tokwan n aki pada dhani sebab makcik- makcik dhani semua perempuan.

Teringat pada kisah blog mama yang lepas.
Kisah ketika mama menahan sakit lahirkan dhani.
Ada mama highlight tentang sentuhan arwah tokwan ketika sakit mama yang mama ' tak dapat bayangkan kalau arwah tokwan dah takde kat dunia ni lagi..'
Memang tak lama arwah tokwan bersama dhani, TUHAN terlalu sayangkan arwah tokwan dhani.


 Berbalik kepada pengalaman mama sepanjang kandungkan dhani.

Sebelum mama 'mendapat' dhani, rahim mama dah pernah kandungkan abg/ kakak dhani.
Tapi ianya tak lama, sayang.
Sempat hanya 2 minggu. Pun TUHAN lebih sayangkan mereka.
Belum rezeki mama n abah.
Banyak mama terima respon dari ramaiiiii orang yang terdekat. Yang lepas ni, mama akan 'sedikit sukar' nak mengandung lagi.
Memang mama n abah agak frust.
Tapi mama percaya ngan kuasa ALLAH SWT.
Dan ALHAMDULILLAH tak lama pun lepas mama kehilangan abg/ kakak dhani tu, mama n abah dapat kegembiraan baru dengan hadirnya dhani berusia 3 minggu ketika tu.
Masa tu TUHAN jer yang tahu perasaan mama, abah, arwah tokwan, aki dan makcik-makcik dhani.
Dan lepas tu jugak mama lebih berhati-hati dalam nak buat sesuatu pekerjaan.
Mama tak nak kehilangan 'nyawa' mama lagi.
Masuk 3-4 bulan usia dhani dalam rahim mama, kaki mama dah mulai bengkak/ sembap.
Betul-betul cam orang yang dah sampai masa nak bersalin.
Semua sandal dah tak muat apa lagi 'heels'.
Gi kedai cari size 'istimewa' pun takde.
Pernah mama gi opis pakai selipar getah, kene sound dek boss besar. Hahaha. Tebalkan telinga jerla.
Last-last naik ke ECM Kuantan.
Adala sepasang. Size 10. Tu pun kene tebuk lagi satu lubang untuk betul-betul muat bengkak yang ada pada kaki, mama.
Mama pun lalui morning sickness.
Tapi tak lama la.
Sebab mama cuma 'alah' kalau tak makan. Hahaha.
Dan start dari situla bermulanya satu 'penyakit' baru dalam hidup mama.

Mama pregnantkan dhani, tapi mama bleeding.
Every month.
Kadang-kadang kalau berdiri lama pun mama boleh bleeding.
Tiap kali urine test pun akan ada darah.
Pernah mama 'vakum' karpet kat rumah, tup tup keluar darah.
Hospital n klinik adalah rumah kedua mama masa tu, sayang.
Kadang-kadang mama dah 'kalis' dengan bleeding-bleeding ni.
Sebab mama tak sakit. Cuma selalu bleeding jer.
Masuk ward pun doc just suruh rest dengan tinggikan kaki.
Duk kat rumah buat camtu gak pun still bleeding gak.
Diorg kat hospital lagi bimbang dari diri mama sendiri.
Sebab diorang cakap, semua tu adalah simptom-simptom sawan ketika hamil.
Cuma satu simptom jer yang mama takde, tekanan darah tinggi.
Mulanya doc ingat uri mama duk kat bawah, tapi elok jer pun uri tu duk kat tempat dia.

Dari rak buku mama kat tingkat atas, mama dah ditugaskan kat bawah.
Terima kasih buat Abg Ray yang bagi kerjasama. Hehehe.
Nurse bagi arahan kat abah suruh pantau pemakanan dan emosi mama.
Memang betul-betul abah pantau bab pemakanan mama.
Selalu kena paksa minum susu.
Anyway pengalaman mama, susu ANMUM tak best. EVERYDAY gak yang best !
Abah bancuh gak satu mug besar paksa mama minum pagi dan malam.
Tiap kali makan nasi, abah akan sediakan daun salad dan tomato.
Kalau takde daun salad, abah akan beli kacang botol.
Betul-betul kena raging masa tu. Nightmare ! Hahahaha !
Vitamin tak pernah mama missed. Obimin tak pernah terputus bekalan.
Dan satu lagi penyakit mama masa pregnantkan dhani, pedih ulu hati.
Stok ubat pedih ulu hati memang akan selalu mama bawak g mana-mana dan tak pernah takde dalam peti ais.


Tup tup dah pun masuk 7bulan dhani dalam rahim mama.
Masa tu pun masih lagi bleeding.
Kaki pun dah jadi cam kaki gajah.
Nurse pun risau tengok.
Masa tu la agak kerap keluar masuk ward n selalu kena attend appointment ngan doc n pakar.
Sebab doc suspek mama akan lahirkan dhani awal dari masanya.
Masa tu mama asyik nangis jer.
Macam-macam berkenaan tentang 'kekurangan' kelahiran pramatang mama baca.
Tapi ALHAMDULILLAH, dhani masih kuat dalam rahim mama.
Kalau nak dikutkan, due dhani jatuh pada hari raya Aidiladha/ 26 Okt 2012, tapi disebabkan urine mama masih lagi mengandungi darah, doc percepatkan tarikh seminggu awal iaitu 19 Okt 2012.

Dan sekarang dhani dah pun setahun, sayang.
Setelah susah payah dan macam-macam dugaan yang mama lalui ketika kandungkan dhani, TUHAN balas dengan berikan dhani kesihatan yang baik, anak yang tak banyak karenah, menangis jauh sekali, kuat semangat.
Mudah-mudahan selamanya dhani camni, sayang.
Dhanilah harta dunia akhirat mama n abah.
Andaikata dhani terbaca blog mama ni bila dhani dah besar nanti, dan andaikata masa tu mama dah takde lagi, jangan lupa sedekahkan mama sesuatu yang boleh buat mama tersenyum 'di sana', sayang.
Jadi anak soleh.
Maafkan mama andai ada kekurangan sepanjang mama besarkan dhani.
Yang terbaik hanya dari ALLAH SWT, dan yang kurang hanya dari mama insan yang kerdil ini.
Mama sayang dhani.



Tuesday 30 July 2013

..Al~Fatihah, Mok.

Raya dah tak lama pun lagi..
Hati Along? Makin dekat raya, makin sayu rasanya..
Terbayang-terbayang siapkan segalanya bersama-sama dengan arwah mok dan adik-adik..
Bak pulak mundar-mandir keluar masuk bilik, tak senang hati tengok anak beranak ni duk riuh rendah kat ruang tamu..



Mok..
Tahun nie, takde langsir raya kat rumah kita..
Takde kuih raya cam biasa kita buat sama-sama..
Kalau ada pun yang adik-adik buat..
Tapi.. Tak sama bahagianya buat sama-sama ngan mok..
Bukan sebab bila mok dah takde baru kami tau nak hargai mok..
Tapi sebab memang sepanjang hidup Along, kita tak pernah missed lalui semua tu bersama-sama kan mok?

Along tak tau dan tak dapat nak agak camnelah emosi kami berlima di pagi raya nanti..
Saat dengar takbir raya buat pertama kali tanpa mok di sisi..
Mok.. Along rindu mok..
Kadang-kadang terlintas dalam hati, kenapa mok yang perlu pergi dulu?
Tak sempat tengok Ahmad Dhani Efendi dah pandai buat macam-macam..
Tak sempat tengok Ahmad Dhani Efendi melaram dengan baju melayu..
Sedangkan mok la orang yang paling tak sabar nak tengok cucu pertama mok bergaya dengan baju melayu..

Berat sangat mok..
Sambut Ramadhan tanpa mok pun dah buat kami menitiskan airmata, apatah lagi kami nak sambut Syawal tanpa mok..
Takkan ada lagi nasi dagang mok pada raya kedua..
Along pun dah takde mood lagi nak buat lontong yang biasa sama-sama kita buat..
Mok jangan risau.. Kami tetap akan beraya, tapi mungkin tak semeriah masa mok ada bersama..
Kalau ikutkan, beratnya hati kami nak beraya kemana-mana..
Tapi kami jugak tak nak putus silaturrahim..

Mok..
Sebab apa mok perlu pergi dulu?
Along belum puas beraya dengan mok..
Kalaulah ALLAH bagi peluang kedua untuk Along beraya sama-sama dengan mok tahun ni..
Sikit pun Along tak nak buat mok penat layan karenah kami..
Tapi mok.. Along redha.. Along tau takkan ada peluang kedua untuk kami merasa bahagia beraya bersama-sama mok..
Cuma kami masih berpeluang untuk bekalkan doa buat mok beraya jugak 'di sana'..

Mok..
Tahun depan pun mungkin kami masih lagi tanggung perasaan seberat sekarang ni..
Sebab mok adalah yang terbaik buat kami..
Kenangan bersama mok, kalaulah boleh dibingkaikan, along akan bingkaikan dan tampal di setiap sudut yang ada..
Tapi mok..
Along cuma manusia biasa..
Yang bila mana terkenang, Along akan nangis..
Sebab mok takde galang gantinya..

Wednesday 5 June 2013

40 hari - Al ~ Fatihah..



Esok 7 Jun 2013 bersamaan 28 Rejab 1434 / Jumaat..
Genap 40 hari arwah mok g..
Along dop tau nak cakap camne perasaan Along sekarang..
Yang pasti Along rindukan mok..
Mungkin sekarang sikit sebanyak Along dah mula terima kehidupan tanpa mok, tapi tak semudah tu sebenarnya..
Tak mudah bila mana segala sesuatu keputusan yang perlu Along buat yang kebiasaannya mok yang tentukan segalanya, terpaksa Along tentukan sendiri..
Berat mok..
Sangat berat..
Inilah dugaan paling berat yang terpaksa Along terima..
Takde mok, ibarat patah satu kaki Along..
Sebab segalanya Along terlalu bergantung harap pada mok..
Sampaikan nak balik tengahhari ke rumah mok pun kadang-kadang perasaan Along terbawak-bawak cam mok masih lagi ada kat rumah..
Kadang-kadang berat sangat hati nak balik rehat tengahhari kat rumah bak..
Tapi nak buat camne, Along masih lagi ada tanggungjawab pada Dhani, Angah Ami dan Achu kat rumah..

Walaupun dah hampir 40 hari mok tinggalkan kami, tapi tak sedikit pun kami rasakan yang kami dah jauh dari mok..
Tiap hari kami rasa cam mok masih ada..
Masih terbayang-bayang mok ada depan mata kami..
Cuma..
Kami dah tak nampak mok dengan mata kasar kami..
Tapi kami yakin mok masih bersama kami..
Tiap-tiap hari nak g keje, Along akan lalu kat tepi 'rumah baru' mok..
Along akan stop kat tepi tu sedekahkan 'bekalan' untuk mok..

Kata hati Along,
Mok..
Rehatlah selamanya mok kat sana..
Along tau, mok dah penat bekerja untuk kami..
Amanlah dan bahagialah mok kat sana dengan 'bekalan amal' yang pernah mok buat semasa hayat mok..
Kami kat sini akan sentiasa sedekahkan 'bekalan' untuk mok..
Mudah-mudahan mok tak kehausan kat sana..
Kami sayang mok..
Kita jumpa kat sana nanti yer, mok..

Al ~ Fatihah..

Wednesday 15 May 2013

..antara cikgu yang takde galang gantinya




Mok..
Along dah hilang seorang cikgu yang sangat sangat sangat Along sayang..
Yang sangat berjasa pada Along..
Yang selalu bersama Along di setiap susah senang Along..
Yang kadang-kadang tegur kesilapan yang Along selalu buat..
Yang selalu puji tiap apa kebaikan yang Along buat..
Ucapan 'tak mboh' pada mok selalunya mok tak maksudkannya pun..
'Tak mboh' mok hanya pada mulut, bukan pada hati dan perbuatan mok..
Dalam pada mok 'tak mboh', mok tetap buat demi anak-anak..
Mok memang takkan mengecewakan kami adik-beradik..
Mok memang terbaik..

Mok bukan seorang yang lokek..
Sebab tu la sampai ke pengakhiran mok pun rezeki buat mok tak pernah putus dan surut..
Ketika mok masih lagi bersama kami..
Tiap sesiapa yang datang rumah, mulut mok takkan lepas bertanya 'makan nasi dah ker?'
Kalau yang belum makan mok hidangkan..
Yang dah makan pulak mok sertakan bekalan..
Mok memang terbaik..

30tahun lebih dah mok jadi cikgu..
Dari Along umur setahun, mok dah mula mengajar Along menerima 'pelajar-pelajar' mok yang mok asuh..
Tp..

Akid Rais adalah 'pelajar' mok yang terakhir..

Mok tak sempat jadi cikgu untuk Dhani..
Tak sempat Dhani nak mengenal tunjuk ajar dari Tok Wan nya..
Mok dah pun pergi tinggalkan dia..
Along akan menangis bila fikirkan..
Andaikata Dhani ditakdirkan nak dapat adik nanti..
Along dah takde 'peneman' diketika Along sakit..
Dah takde mok yang tolong gosok belakang Along yang ibarat kain di perah-perah..
Dah takde mok yang suapkan 'selusuh' untuk Along..
Dah takde mok yang tolak kerusi roda untuk Along ulang alik ke bilik check jalan..
Dah takde mok yang akan tunggu Along sebelum ditolak masuk ke LR..
Dah takde mok yang berikan Along kata-kata semangat untuk Along lahirkan cucu untuk mok..
Dah takde yang akan jaga Along ketika berpantang..
Mok memang terbaik..

Ya Allah beratnya perasaan aku sekarang ni..
Pemergian mok secara mengejut camni, sangat-sangat buat kami  kadang-kadang percaya, kadang-kadang tak..
Kadang-kadang bila bangun pagi, ternampak-nampak mok ke hulu ke hilir kat dapur duk siapkan sarapan untuk kami..
Bila malam sebelum tidur, ternampak-nampak mok panjat anak tangga nak naik ke ruang tamu semata-mata nak berborak dengan anak-anak sebelum masuk tidur..
Tp kata adik-adik, ianya tidak berlaku pada malam terakhir mok..
Mok hanya diam dan terus masuk ke bilik..

Dan sekarang, tiap kali nak lelapkan mata, Along terbayang-terbayang kali terakhir Along mandikan mok dan terngiang-ngiang kata hati Along, 'Celikla mata, mok. Mata dh kene air. Hidung dh masuk air. Mulut mok dh kumur air.'
Tp mok tetap kaku camtu jugak..
Maknanya mok memang benar-benar dah tinggalkan kami..
Dah tinggalkan bak yang sekarang ni langsung takleh tengok gambar-gambar, pakaian mok depan mata lagi..
Tinggalkan Along, Abg Long dan Dhani yang belum pun puas membahagiakan mok..
Tinggalkan Angah yang belum sempat tunjukkan pada mok yang dia dah dapat capai impian sepertimana yang mok selalu doakan.. Tp Angah tetap sempat berbakti pada mok sekalipun Allah belum bukakan hati mana-mana pihak berkenaan untuk perkenankan doa mok..
Tinggalkan Emmi yang baru jer sebulan habiskan pengajian dan berjinak-jinak dengan perniagaan kecik-kecilan.. Tak sempat jugak mok tengok Emmi ada dapur sendiri nak buat kuih sepertimana yang mok rancang nak buatkan untuk dia..
Tinggalkan Adik Erra yang masih lagi belum puas bermanja dengan mok..

Sangat berat hati kami nak lepaskan mok pergi..
Tp kami terpaksa redha dengan qada' dan qadar TUHAN..
Pahala mok mengandungkan kami dan tunjuk ajar mok pada kami adik beradik, pada anak-anak asuhan mok..
Bakti dan taat setia mok pada bak..
Sikap mengalah mok dalam segala hal..
Kebaikan mok dan sifat tidak lokek mok pada semua orang..
Sabar mok dalam melalui segala dugaan dalam hidup mok selama 53tahun ni..
Kami yakin JANNAH tempat mok.. Aamiin..

______________________________________________________

Buat adik-adik..

Along tau, along dop la sesempurna mok..
Tp Along akan cuba jadi yang terbaik untuk awak semua..
Jangan sedih-sedih..
Mok mesti dop suka kalau anak-anak dia sedih-sedih..
Kita kena kuat demi bak..
Bak jer yang kita ada sekarang ni..
Kalau awak semua dop kuat, camne Along nak kuat?
Memang..
Mula-mula ni akan rasa janggal..
Tp in shaa Allah kita akan terbiasa nanti..
Walaupun kita tau, semua perkara dalam rumah tu semua mok yang conquer dan handle..
Anggaplah semua yang berlaku ni ada hikmahnya untuk kita dan ada kebaikannya untuk arwah mok..

Angah Eja..
Cepat baik demam..
Jangan terlalu fikirkan masalah-masalah yang akan timbul selepas ni..
Kalau awak sakit, saya pun turut sakit..
Sebab sekarang ni saya dan bak sangat trauma dengan perkataan DEMAM.. 

Emmi..
Biarpun mok dah tak dop..
Tak bermakna cita-cita awak akan terbengkalai camtu jer..
Mok tentu nak tengok awak berjaya kat sana.. 
Jaga kesihatan baik-baik..
Kalau awak sakit nanti, camne awak nak jaga Dhani..
Jaga bak dan cuci luka bak baik-baik cam yang selalu mok buat..
Awak jer yang boleh buat kerja-kerja tu..
Tanggungjawab awak makin besar, Mi.. 
Along harap semua tu akan buat awak lebih matang..

Adik Erra..
Redha lebih baik..
Along tau awak tak puas bermanja dengan mok..
Dan Along tau sebelum mok 'pergi' awak dah mula luahkan perasaan dan rasa hati awak pada mok..
Mok ada bgtau Along yang awak sedang melalui hari-hari remaja..
Luahan awak mok dengar sebab mok tak nak awak memberontak..
Sekarang ni, tugas tu ada pada Along, Angah dan Kak Emmi..
Ada masalah atau ada apa-apa yang perlu awak nak luahkan, luahkan pada kami..
Tp kalau ada yang kami tegur, jangan ambil hati..
Sebab kami hanya nak yang terbaik untuk kamu..

Buat pok2 sdare dan mok2 sdare..
Terima kasih sebab ambik berat pasal kami dan bak..
Selalu jenguk kami..
Isi hari-hari kami dengan gelak tawa walaupun masih lagi terasa pahitnya..
Tp kami hargai usaha kalian..
Korang adalah yang terbaik..
Terima kasih..

 
  







Tuesday 7 May 2013

Separuh jiwa kami telah pergi





21 April 2013/Ahad

Pagi ni macam biasa, aku hantar Dhani ke rumah mok.
Mok ceria jugak.. Macam pagi-pagi yang sebelumnya.. Sambut Dhani dari dalam kereta..
Dengan senyum sedepa..

Kursus perkongsian maklumat..
Lunch hour aku keluar dengan Angah ke bank..
Tp masih lagi sempat jengah rumah mok..
Kebetulan suami pun ada kat situ..
Masuk opis, dalam jam 3.30pm aku call mok, tp Emmi yg jawab..
'Mok demam'... Mengejut...

Petang singgah rumah mok nak ambik Dhani..
Pegang dahi mok.. Panas..
Mula risau nak tinggalkan Dhani hari Rabu nanti..
Mok cakap 'Dop apa Long.. Mok demam biasa jer ni.. Nanti g klinik baikla..'

23 April 2013/ Selasa

Pagi-pagi lg keluar..
Gi pasar.. Beli lauk sikit nak tinggalkan untuk suami sepanjang kursus di Intan Kedah..
Terus gi makan pagi kt kedai mee sup Mak Wan..
Call mok tanya makan x lagi? Demam x lagi?
Mok kata demam lagi.. Baru lepas makan nasi lemok bak beli..
Kata aku kat suami.. 'Elok mok demam nih makan sup panas2'..
So suami pun tapaukan utk mok n Emmi..
Singgah farmasi beli ubat demam yg kuat sekali..
Gi hantar mee sup n ubat rumah mok..
Rasa lagi dahi mok.. Masih lagi panas..
Mok cakap dah gi klinik.. Nanti baik la tu..

Malam call lagi mok..
Mok cakap ubat Along beli dah makan..
Tp masih xde kurang..
Bertambah-tambah risau aku..

24 April 2013/ Rabu

Turun dari rumah terus ke rumah mok..
Jumpa mok sebelum bertolak ke Kedah..
Badan mok masih lagi suam-suam..

Sepanjang perjalanan ke Kedah, adala dalam 4-5kali aku call mok..
Tp Emmi jer tukang jawab..
Katanya mok baru lepas balik klinik..
Kene cucuk ubat.. Tidur..
Kata Emmi suhu badan mok 37'c..
Risaunya aku TUHAN jer yg tahu..

Sampai sana, terus call tanya keadaan mok..
Bak cakap mok dh ok sikit..
Dah makan sikit2 walaupun masih lg muntah2..
Menung kejap aku..
Tp Angah dah start balik keje awal sbb nak jaga mok..
Sedikit rasa tenang..

25 April 2013/ Khamis

Hari pertama berkursus..
Walaupun sibuk dengan tugasan berkumpulan, kepala tak putus pikir pasal mok..

Lunch hour call mok, mok cakap 'Along dop payoh risau2 la.. Mok dop menda2 pun..'
Bila teringatkan balik kata2 mok ni, aku jadi sebak..
Kuatnya semangat mok nak buat aku rasa lebih tenang kt Kedah..

26 April 2013/ Jumaat

Call suami..
Dia cakap ada kat rumah mok..
Nak bawak Dhani jalan-jalan ke taman..
Aku tanya suami, mok jaga atau x? Kalau mok jaga, aku nak cakap ngan mok..
Suami terus bawak hp dia kt mok..
Suara mok lebih segar sedikit berbanding sebelumnya..
Walaupun mok cakap dia masih lg sakit-sakit badan..
Lega sedikit rasa hati aku..

Malamnya call lg..
Suami masih lg kat rumah mok..
Makan malam ramai-ramai kt situ..
Dapatlah borak ngan Dhani yg bertempik riuh rendah..
Bitau Dhani yg esok mama dah nk bertolak balik !

27 April 2013/ Sabtu

Pagi-pagi lg dah bertolak ke Jeti Kuala Kedah..
Nak ke Langkawi..
Dalam kepala aku hanya barang-barang yg mok kirim..
Mangkuk kuah berkaki, handbag, sudu/garfu gantung, minyak serai wangi..
Tp yang aku jumpa hanya sudu/garfu gantung & minyak serai wangi..
Handbag ada.. Tp bukan taste mok..

28 April 2013/ Ahad

Sampai Dungun lebih kurang jam 4.30am..
Suami jemput kt depan kedai Kemboja..
Baik rumah tido jap sbb jam 8.30 nanti ada kursus plak..
Jam 7.30am turun dari rumah terus ke rumah mok..
Senang hati aku tengok mok dah mula ke hulu ke hilir kt dapur..
Masak beehun.. Sempatla aku jamah..
Berikan sudu gantung, minyak serai wangi, teko n coklat kt mok..
Tp mok sikit pun xberia..
Tak macam biasa..
Aku terpandang frame gambar kecik kat atas almari dapur yg selama ni kosong, tiba-tiba ada gambar lama..
'Gambo sape ning mok?' Tanya aku..
'Horrr mok jupe.. Ingat gambo arwah bok ( ayah bak ) rupanya gambo arwah ayah long ( abg mok yg sulong )'.. Jawab mok..
Sikit pun aku tak terasa apa-apa..

Tengahhari gi bank keluarkan duit..
Singgah rumah mok..
Bagi mok duit.. Extrakan duit utk mok beli handbag bila kt Kuantan utk beli baju raya adik-adik ngan bak nanti..
Tp tak sempat borak panjang pun sbb petang tu sambung kursus lagi..

Petangnya jam 5.15pm aku terus gi ambik Dhani..
Mok kata ' Anok awok baik, Long. Mok tak jupe lagi budak baik cam anok awok. Guling-guling, sengeh-sengeh, tertido. Tak dan semalaman pun tido ngan mok.'..
Mok bg lauk sotong masak merah..
Mok kate awok xpayah sibuk-sibuk masak dah balik rumah nanti..
Mok hantar Dhani sampai ke kereta..
Lambai-lambai jenguk Dhani ikut tingkap.. Ya Allah sayunya kalau ingatkan mok masa tu..
Sikit pun aku takde rasa kelainan yg mok tunjukkan..

Maghrib..
Dhani nangis teresak-esak..
Sampai meleleh-leleh airmata..
Pujuk-pujuk.. Bagi susu... Diam.. Terlelap...
Dalam jam 9pm Dhani terjaga..
Kali ni dia sangat 'galak'..
Ketawa mengekek-ngekek..
Aku cakap 'Tidola adik... Mama ngantuk ni..'
Suami plak cakap, takpela anak tido ngan dia nanti..
Sooo tak sedar bila masa aku terlelap..

29 April 2013/ Isnin

Terjaga..
Tgk suami bukak pintu rumah..
Turun ke tanah..
Aku tgk jam dalam 1.30am..
Suami masuk 'Yu.. Awak dengor dop bunyi guruh cam pelik?'
Aku jawab 'Orang training nak buat persembahan PRU13 nanti kot'..
Padahal dalam hati aku hanya ingatkan KIAMAT..
Lagi sekali suami turun ke tanah dan masuk semula ke rumah..
'Dop Yu.. Bunyi guruh.. Sebeloh pantai nung..'
Tp mmg bunyi sgt aneh..
Tak pernah aku dengar bunyi guruh sepelik tu..

Jam 3.30am..
Handphone berbunyi..
Nama Angah naik.. 'Along awok mari rumoh Along.. Mok selok..'
Aku bangun.. Bukak lampu.. Dukung anak.. Terus turun dari rumah..
Sepanjang jalan aku doa moga mok takde apa-apa.. Aku baca Al-Fatihah n Ayatul Kursi..
On the way ke rumoh mok, Angah call lg skali..
Mintak singgah hospital Dungun follow up, ambulans tak sampai-sampai..
Diorang cakap baru nak turun..
Baru nak turunnnnn?????
( Yang ni sampai ke hari ni aku terkilan ngan servis hospital besar Dungun )
Suami terus pecut ke rumah mok..
Sampai rumah moh, jiran-jiran semua dah penuh kat dapur, dekat ngan bilik mok..
Bak cakap 'Sabo Yu.. sabooo..'...
Aku dah rasa tak sedap hati..
Dhani jiran ambik dukung..
Masuk bilik mok, mok dah diam.. Kaku..
Kaki tangan semua dah sejuk..
Tak dapat aku nak gambarkan camne perasaan aku masa tu..
Hanya orang yg pernah hilang mok akan tau..
Aku pegang tangan mok.. Tengok dah ada biru-biru..
Aku cakap 'Mok... Bukela mata. Along mari. Dhani ada ni.'..
Tapi mok kaku camtu gak..
Tak lama ambulans sampai..
HA check nadi mok, mata mok..
Dalam hati aku, harap-harap nadi mok masih berdenyut..
Tp..
Diorg cakap MOK DAH TAK DOP !
Innalillah hiwainna illahirrajiun...
Masa tu jugak aku menjerit dalam hati 'Cepatlah kejutkan aku dari mimpi ni Ya Allah..'
Walaupun aku tau, semua tu realiti..
Suami peluk aku dan Adek Erra..
Aku menangis.. Adek Erra merintih..
Angah dan Emmi meratap sayu di kaki mok..
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..
Tu jer termampu keluar dari mulut aku masa tue...
Dari Allah mok mari, kepada Allah jugak mok kembali..

__________________________________________________________________________


Mok..
Kejap jer mok gi..
Mudah sangat caranya mok tinggalkan kami..
Mok sihat sehari seolah-seolah cam mok hanya tunggu Along balik ke mari..
Along dan adik-adik sentiasa harapkan semua ni mimpi..
Tidur malam minta kejut esok pagi mok masih ada kat sisi kami..
Sempat 6bulan jer mok jadi Tokwan kepada Dhani..
Tp kami kat sini redha kepergian mok bertemu Ilahi..
Mudah-mudahan mok lebih tenang dan bahagia kat sana nanti..
Along dan adik-adik dan bak kat sini hanya mampu sedekah Al-Fatihah dan doa mengiringi..
Walaupun kami masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi..
Tp kami tetap akui ketentuan TUHAN yang setiap yang datang, pasti akan kembali..
Apa yg boleh menyedapkan hati kami buat masa ni, mok pergi sebagai seorang isteri yang sangat taat pada suami..
Moga TUHAN tempatkan mok di tempat yang telah DIA janji...
Aamin..

Sedekahkanlah Al-Fatihah buat arwah mok kami...




















Tuesday 19 February 2013

..Hanya awak dalam hati saya

Tertarik dengan kata2 dalam picture nih..





Means..
Aku ingin perhubungan ini berakhir dengan kebahagiaan..
Kalau terpisah pun bukan kerana orang ke3 atau kerana ada perbezaan antara kita..
Tetapi terpisah kerana waktu, dimana TUHAN mematikan kita utk kembali pada-NYA..

Sedihkan?
Bila mana kita terpaksa berpisah dengan orang yg kita sayang..
Berpisah hidup pun lagikan kita xmampu harunginya, apatah lg berpisah mati..
Berpisah sebagai pasangan kekasih pun sesetengah orang sampai sanggup bunuh diri, apatah lagi kalau berpisah suami isteri.. (lainlah kalau suami/isteri tu xsayang menyayangi)
Lagilah kalau berpisah sebab orang ke3.. Sakitkan?
Sebelah pihak jer akan rasa sakitnya, sebelah pihak lagi akan bergembira..


Haishhh...
Mintak dijauhkan..

Berpisah kasih.. Dengan kekasih?
Xde orang yang xpernah laluinya kan?
Melainkan pasangan tu betul2 jujur dengan pasangan masing2..
Sabar dengan karenah masing2..

Saya pun pernah lalui pengalaman pahit tue..
Tp..
Cerita lama..
Bukan nak ungkit atau aibkan sape2.. Tp sebagai iktibar kita bersama..
Orang cakap cinta pertama susah nk lupa?
Xdelah.. Itu kata2 kalau seseorang tu blm jumpa penggantinya..

Dan kebiasaannya.. 
Si pengganti adalah lebih baik dari yg sebelumnya..
Xcaya?
Cuba tanya kawan2 kita yg pernah putus cinta dan dah pun berkahwin ngan si pengganti..

Apa perasaan diaorang? BAHAGIA kan?
Kalau xdpt lupakan cinta pertama pun, hanyalah sbb si cinta pertama tu adalah sezalim2 manusia..
Mana xzalim..
Ngorat.. Tabur janji.. Bagi harapan then tinggalkan..
Ada jugaklah yang setia.. Tp dalam 10orang adalah 1orang..

Hal lain plak.. Yang dah ada pengganti yg cukup baik..
Yang sanggup terima kita dengan seadanya..
Susah senang dengan kita..
Kalau si pengganti tu adalah LELAKI, dialah ketua keluarga yang cari rezeki dan beri nafkah utk keluarga..
Manakala kalau si pengganti tu adalah PEREMPUAN, dialah yg lahirkan zuriat untuk kita, berjaga siang dan malam demi membesarkan zuriat kita, siapkan makan minum untuk kita and uruskan segala hal rumahtangga..

Si kita ni plak buat hal.. Makan luar la, minum luar la pendek kata macam2 yg luar..
Dah mula banding2kan yg luar lg elok, lg best and lg lumayan..
Ada jugak yg bile si kekasih lama mengadu damba, mulalah cair..
Dah xtau dosa pahala dah..
Wahai para wife/hubby kt luar sana tu, jgn mudah sgt cair n percaya ngan kata2 lelaki/perempuan yg kononnya :-
@ I xbahagia lah ngn wife/hubby i
@ Wife/hubby i xmcm u, memahami i
@ I kawen ngn wife/hubby i pun sbb terpaksa
Padahal hakikatnya, diaorang saja nk porak perandakan rumahtangga kita..
Yang si kekasih lama tu plak, saje.. Mengada2.. Nk menunjuk2 yg diri tu masih lg vogue/bergetah/hensem/smart? Kononlaaa...

Wahai kita-kita.. (bukan pe..peringatan utk diri sendiri gak)
Hargailah pasangan yg dah TUHAN tentukan utk kita..
Baik buruk.. Kurang lebihnya pasangan kita tu, sama2lah kita telan..
Bukan jalan penyelesaian andai kita membanding2kan pasangan kita pd orang yg pernah ada dalam hati kita..
Sesungguhnya.. Pasangan kita yg sekaranglah, yg dapat terima kita seadanya..
Cantik/hensem, kaya/miskin, jahat/baik kita, sekurang2nya dialah yg ada di sisi kita saat kita susah sebelum senang..
Pasangan kita sekarang ni jugaklah yg selalu doakan kesejahteraan utk kita siang dan malam..
Kalau pasangan kita tu SUAMI..
Akad yg dia lafazkan adalah satu tanggungjawab besar yg wajib dia pikul selagi dia bernafas..
Kalau pasangan kita ISTERI pulak..
Hargailah dia sebagai ibu yang pernah bertarung nyawa untuk menjadikan kita seorang AYAH..

So berbalik kepada kata2 picture kt ats tu td..
Saya sebagai isteri kepada seorang suami, yang pernah terima saya sebagai seorang isteri seadanya..
Cintailah isterimu ini tanpa ada sebarang perbandingan..
Sayangilah hamba ALLAH yg kerdil dan serba kekurangan ini dengan penuh rasa kecintaan..
Saya adalah seorang isteri yg naif..
TUHAN jadikan positif bertemu negatif, adalah utk menghasilkan keserasian dalam perhubungan..
Cemburu adalah sifat semulajadi seorang perempuan.. Cemburu akan bertambah jika ianya disiram ngn petrol & api.. Ianya akan berkurangan andai dibajai dengan kata2 tulus dr hati seorang suami..

(bg isteri2 yg sayangkan suaminya jerlaaa)

Dan buatmu suami..
Xde yg lebih syahdu dalam hidup ini selain dari lafazmu yg mengesahkan yg saya sudah bergelar isteri..
Xde yg lebih indah dalam kehidupan isterimu ini, selain dari AHMAD DHANI EFENDI lahir ke muka bumi..
Xde yg lebih membuat isterimu lebih menyayangimu selain dari ikatan suami/isteri..


Sebagai isteri..
Saya sentiasa doakan yg kebahagiaan milik saya, awak n Dhani selamanya..
Kalau terpisah pun, bukan sebab adanya orang ke3.. 
Tp sebab ianya adalah ketentuan TUHAN..
Andai saya yg pergi dulu, saya harap awak yg kt sisi saya di saat pengakhiran hidup saya..

Andai awak yg pergi dulu, saya berharap saya masih lg mampu harungi hari2 sepi tanpa awak..
Sebab..
HANYA AWAK DALAM HATI SAYA..












Saturday 16 February 2013

Ahmad Dhani Efendi Bin Muhamad Ismail




17 Oktober 2012/ Rabu

Dah pun terima surat dr doktor Klinik Kesihatan Dungun. Esok dah kene admit kt HSNZ. Bukan sebab dh terlebih due, tp sbb urine ada darah. So malam ni la kalau nk melantak apa2 pun. Huhuhuu. Tengahhari tu jugak g beli ikan patin n barang2 nak buat spagetti. Balik rumah trus masak 'ikan patin masak lemak tempoyak'. Dan malamnya spagetti ala Ayuzawahie.. Heheheee.. Cukup puas hati.. :)
Suami dah alarmkan jam hp nya.. 5.30am.. Double checking barang2 yg nak dibawak esok.. Klik ! (off lampu) dan tido.. 'Anak mama nanti baik2 keluar yer sayang'...

18 Oktober 2012/ Khamis

Bertolak dari rumah mak kul 6.30am. Singgah rumah mertua jap. Dan terus bertolak slow2. Kalau ikutkan pada surat kene lapor diri 8.00am. Tp sampai sana dalam 7.45am. Sempat lagila breakfast dgn suami kejap.
Dah siap breakfast slow2 plak ke HSNZ.. TUHAN jer yg tau perasaan masa tue camne. Takut pun ada, berdebar2 pun ada, xsabar2 pun ada jugak. Huhuhuuu.. Camni agaknya perasaan mak masa nak lahirkan saya dulu.. ( tolonglah.. dah rasa nk menitis air mata.. )
Sampai HSNZ.. Lapor diri.. Check jalan, still ZEERO.. 1st time rasa camne rasanya 'jalan di zruppppp'.. :'(
Suami plak g register ward, 2nd class penuh plak.. Terpaksalah masuk ward biasa dulu.

Tengahhari..
Tunggu turn untuk dimasukkan ubat.. Dipaksa bersalin.. Sbb doktor nak saya bersalin 19 Oktober jugak. Dia bimbangkan keselamatan baby.
Ok 1st dah selamat dimasukkan ubat. Jalan baru 1cm..Meleleh jugakla airmata. Tp xpe, segalanya demi Ahmad Dhani Efendi.
Petang tue jugak mak bak and adik2 datang melawat. Sebab anytime jer diorang akan terima cucu dan anak sedara. Suami plak, sewa hotel hanya utk balik mandi dan solat. Tp dah jd gelandangan kt HSNZ jgk.

Tengahmalam..
Sedang duk borak2 ngan partner sebelah bed, tibe2 perut dah memulas2. Still lg bertahan walaupun peluh dingin dah mencurah2 keluar. Lg yg buat stress, saya jd pembunuh nyamuk tegar malam tu. Cadar dah penuh ngn darah saya yg nyamuk sedut. Dh mula keluar masuk tandas dgn sgt kerap. Sampai berjalan pun cam motor bertayar 'eloi'.. Sms kt suami cakap sakit sgt, xtahan.. Suami suruh btau nurse sbb dia xdpt masuk jenguk. Tp cam biasa la, ward kelas biasa punya nurse.. Layan xlayan jer.. Btau dh kuar darah pun, dia cakap 'pakaila pad'.. Sambil duk main i-pad.. Sedangkan doktor btau, suruh btau nurse kalau dah kuar darah.. Hurmmmm...





19 Oktober 2012/ Jumaat

Beratur lagi sekali untuk check jalan..
Kekal 1cm jugak.
Doktor mtk izin utk masukkan lg sekali ubat. Saya just angguk kepala jer. Ok dah masukkan ubat kali kedua. Doktor suruh rest. Jgn byk bergerak kalau x nti ubat terkeluar. Kalau sakit sgt2 n xtahan, btau doktor utk disuntik ubat tahan sakit. ( tp kene tgk gerak jantung baby camne dulu.)
Suami masuk hantar makanan jap, lepas tu kene keluar. Saya dh xlalu nk makan.
Lps 1jam, saya dah mula rasa sakit di bahagian pinggang rasa macam 'kain basah diperah2'. Call suami, dia xdpt masuk jgk sbb masa tu baru kul 8am lbh2 gitu. Call mak plak sbb dh xtahan sgt2. Mak terus dtg hospital time tu jugak. Main redah jer ngn pengawal. Maklumlah cucu sulung kan..
Mak xputus2 usap belakang saya.. Tangan kiri usap belakang saya, tangan kanan tolong usap partner sebelah bed saya. Kebetulan dia pun sama2 sakit ngn saya. Tp masa tu mak dia xsampai lg.

Mtk mak btau doktor yg saya dh xtahan sakit sgt2. Tp 2-3kali jgk la di btau, barula diorg amik tindakan. Dh check jantung baby, nurse cakap jantung baby kuat. Boleh disuntik ubat tahan sakit. Mak tolak saya ngn kerusi roda. ( Ya Allah, nak nangis rasanya bila kenangkan balik keadaan saya ngn mak masa tu. Xdpt bayangkan kalau mak dh takde.) Masuk bilik yg di check jalan. Darah membuak2 keluar. Doktor terus suntik ubat tu. Check jalan baru 3cm.

Mak tolak balik ke bed. Dapatlah bertahan sikit. Dalam sejam lebih kurang, doktor nak check jalan lg sekali. Mak tolak plak lg sekali ke bilik check up tu. Lg sekali di seluk jalan. Ermmm baru 4cm..
Sorok2 mak suapkan ubat 'selusuh' yang bidan bekalkan. Kata bidan tu, bila jalan dah terbuka 3-4cm baru telan. Lepas tu naik ke bed balik. Suami dan bak dah boleh masuk tgk keadaan saya. Itu pun puas 'auta' ngn pengawal kot. Saya dah mula rasa cam nak 'berak'.. Rasa cam betol2 dah baby nk kuar. Sampaikan nk naik ke bed dr kerusi roda pun xdaya dh.Bila angkat jer punggung dr kerusi, rasa cam kepala baby dh tersembul. Mak xputus2 suruh mengucap. Suruh tarik nafas dalam2. Jgn meneran lg. Bimbang nanti xde tenaga nk meneran kt labour room.

Xlama lepas tu, mungkin dalam 1jam lbh.. Dalam duk mengantuk dan terlelap2, poppp ! Rasa cam hangat dan basah jer kt bed.. Rupanya ketuban dah pecah.. Lg sekali saya tanggung sakit yg amat sangat.. Kalau ikutkan nk jer doktor belah terus keluar baby.. Tp nk wat camne.. TUHAN nk jugak bg jalan utk saya rasa nikmatnya sakit bersalin..

Suami panggil doktor. Btau yg saya dah pecah ketuban. Tup tup doktor datang check partner kt sebelah saya ni. Check jalan dia, dah 7cm.. Terus tolak dia ke LR. Yang suami ni tpinga2 bila doktor xdtg check kt saya. Lg sekali suami g panggil. Sister pun dtgla, letak saya ats bed tolak tu, terus tolak ke bilik check up. Check jalan dh 8cm.. Apalagi, terus ditolak kt LR. Masa tu dh xnampak sape2 dh. Walaupun masa tu waktu melawat. Rmai orang.Yg sempat saya nampak hanya suami berbaju belang cium dahi saya ( xkan nk btau yg lain2 yg suami buat kot. Malu la kt org huhuhuu...) dan Angah Eja yg pakai baju Giordano hijau cakap 'Along kene kuat'.

Saya ditolak masuk ke LR 1.27pm..
Masuk je ke dalam, terus ditukar baju.. Diarahkan mengiring. Segala ayat dan doa yg ada dalam kepala saya baca kuat2. Korang bayangkan camne keadaanya bila membaca dalam keadaan sakit. Membaca dan mengaduh..Dah la ngn keadaan dlm LR tu bising ngn suara2 ibu2 lain mnjerit kesakitan lg. Ngn doktor n sister tengking diorg jangan jerit2. Adoyyy... Xdpt nk bygkan keadaan masa tu.
Dalam duk mengiring dan berkumat kamit membaca menahan sakit, saya raba2 la kt bawah.. Seriously.. Dah rasa kepala n rambut baby.. Menjerit kt nurse btau baby dh nk kuar.. Doktor amik tgn saya dan sapu darah kt tangan sy yg sentuh kepala baby tu kt baju saya, terus doktor suruh menelentang. Tgh sakit2 baby dh nk kuar tu plak, nurse dtg tunjuk kt saya IC suami saya semata2 nk sahkan yg betol ker itu suami saya. Sy dah angguk. Lps tu dia sahkan lg ngn tunjuk suami sy yg duk kt pintu LR. Dgn xsengaja saya menjerit 'YA !!'... Terus dia benarkan suami masuk..
Dengan 2kali teran, selamat lah AHMAD DHANI EFENDI keluar 1.57pm ( betol2 lepas orang solat jumaat )ngan penuh lemak2 ikan patin n spagetti yg last saya makan ari tu.. Huhuhuu... Alhamdulillah.. Dhani xmenjerit masa keluar. Just bunyi ERKKKK skali je, terus doktor letak ats dada saya dan mtk saya jerit kuat2 samada baby saya boy or girl. Suami angkat baby 'azan dan iqamatkan'.. Xsedar masa tu air mata mengalir.. Rasa cam mimpi jer, saya dh pun jd mak.. :)



Alhamdulillah..
Lepas macam2 dugaan saya lalui sepanjang 9bulan lbh saya kandungkan AHMAD DHANI EFENDI MUHAMAD ISMAIL, ngn keluar masuk ward, bleeding tiap2 bulan, urine ada darah, kaki bengkak sejak Dhani umur 4bulan dlm perut lg, ALHAMDULILLAH sekarang ALLAH kurniakan saya zuriat yg sangat xmeragam, xbyk karenah, nangis pun time lambat susu jer, jalan tengah panas pun xde hal walaupun muka dh merah padam, tido pun mane2 jer boleh tido.. Dhani budak baik.. Mama, Abah, Aki, Wan, Angah, Ami dan Achu harap sampai bila2 pun Dhani tetap camni.. Kami sayanggggg Dhani...

Monday 28 January 2013

HUKUM KARMA



..HUKUM KARMA ?

To me, everyone will go through with it.
Whether rewarded for good or evil for evil rewarded. Means buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahatla kan..
Hidup ni kan ker ibarat roda. Berputar.
Hari ni kita sakitkan hati orang, tak mustahil hari esok kita akan merasa sakitnya disakitkan.
Itulah namanya HUKUM KARMA.
I've never do pray for it.. But i believe what we call 'KETENTUAN TUHAN'.
Kepada 'mereka-mereka' yang masih lagi berada dikedudukan selesa selepas menyakiti hati orang lain, percayalah yang TUHAN itu MAHA MENDENGAR setiap keluhan orang-orang yang telah kalian aniaya. Doa orang-orang teraniaya tiada hijabnya di sisi ALLAH S.W.T. 

Tuesday 22 January 2013

...jackfruit over the gate

..Ahaksss
Jackfruit over the gate means 'buah cempedak di luar pagar' la kan..
So maksudnya skg, saya ni budak baru belajar.. Kalo salah tolong-tolongla perbetulkan erk.. :)