Wednesday 15 May 2013

..antara cikgu yang takde galang gantinya




Mok..
Along dah hilang seorang cikgu yang sangat sangat sangat Along sayang..
Yang sangat berjasa pada Along..
Yang selalu bersama Along di setiap susah senang Along..
Yang kadang-kadang tegur kesilapan yang Along selalu buat..
Yang selalu puji tiap apa kebaikan yang Along buat..
Ucapan 'tak mboh' pada mok selalunya mok tak maksudkannya pun..
'Tak mboh' mok hanya pada mulut, bukan pada hati dan perbuatan mok..
Dalam pada mok 'tak mboh', mok tetap buat demi anak-anak..
Mok memang takkan mengecewakan kami adik-beradik..
Mok memang terbaik..

Mok bukan seorang yang lokek..
Sebab tu la sampai ke pengakhiran mok pun rezeki buat mok tak pernah putus dan surut..
Ketika mok masih lagi bersama kami..
Tiap sesiapa yang datang rumah, mulut mok takkan lepas bertanya 'makan nasi dah ker?'
Kalau yang belum makan mok hidangkan..
Yang dah makan pulak mok sertakan bekalan..
Mok memang terbaik..

30tahun lebih dah mok jadi cikgu..
Dari Along umur setahun, mok dah mula mengajar Along menerima 'pelajar-pelajar' mok yang mok asuh..
Tp..

Akid Rais adalah 'pelajar' mok yang terakhir..

Mok tak sempat jadi cikgu untuk Dhani..
Tak sempat Dhani nak mengenal tunjuk ajar dari Tok Wan nya..
Mok dah pun pergi tinggalkan dia..
Along akan menangis bila fikirkan..
Andaikata Dhani ditakdirkan nak dapat adik nanti..
Along dah takde 'peneman' diketika Along sakit..
Dah takde mok yang tolong gosok belakang Along yang ibarat kain di perah-perah..
Dah takde mok yang suapkan 'selusuh' untuk Along..
Dah takde mok yang tolak kerusi roda untuk Along ulang alik ke bilik check jalan..
Dah takde mok yang akan tunggu Along sebelum ditolak masuk ke LR..
Dah takde mok yang berikan Along kata-kata semangat untuk Along lahirkan cucu untuk mok..
Dah takde yang akan jaga Along ketika berpantang..
Mok memang terbaik..

Ya Allah beratnya perasaan aku sekarang ni..
Pemergian mok secara mengejut camni, sangat-sangat buat kami  kadang-kadang percaya, kadang-kadang tak..
Kadang-kadang bila bangun pagi, ternampak-nampak mok ke hulu ke hilir kat dapur duk siapkan sarapan untuk kami..
Bila malam sebelum tidur, ternampak-nampak mok panjat anak tangga nak naik ke ruang tamu semata-mata nak berborak dengan anak-anak sebelum masuk tidur..
Tp kata adik-adik, ianya tidak berlaku pada malam terakhir mok..
Mok hanya diam dan terus masuk ke bilik..

Dan sekarang, tiap kali nak lelapkan mata, Along terbayang-terbayang kali terakhir Along mandikan mok dan terngiang-ngiang kata hati Along, 'Celikla mata, mok. Mata dh kene air. Hidung dh masuk air. Mulut mok dh kumur air.'
Tp mok tetap kaku camtu jugak..
Maknanya mok memang benar-benar dah tinggalkan kami..
Dah tinggalkan bak yang sekarang ni langsung takleh tengok gambar-gambar, pakaian mok depan mata lagi..
Tinggalkan Along, Abg Long dan Dhani yang belum pun puas membahagiakan mok..
Tinggalkan Angah yang belum sempat tunjukkan pada mok yang dia dah dapat capai impian sepertimana yang mok selalu doakan.. Tp Angah tetap sempat berbakti pada mok sekalipun Allah belum bukakan hati mana-mana pihak berkenaan untuk perkenankan doa mok..
Tinggalkan Emmi yang baru jer sebulan habiskan pengajian dan berjinak-jinak dengan perniagaan kecik-kecilan.. Tak sempat jugak mok tengok Emmi ada dapur sendiri nak buat kuih sepertimana yang mok rancang nak buatkan untuk dia..
Tinggalkan Adik Erra yang masih lagi belum puas bermanja dengan mok..

Sangat berat hati kami nak lepaskan mok pergi..
Tp kami terpaksa redha dengan qada' dan qadar TUHAN..
Pahala mok mengandungkan kami dan tunjuk ajar mok pada kami adik beradik, pada anak-anak asuhan mok..
Bakti dan taat setia mok pada bak..
Sikap mengalah mok dalam segala hal..
Kebaikan mok dan sifat tidak lokek mok pada semua orang..
Sabar mok dalam melalui segala dugaan dalam hidup mok selama 53tahun ni..
Kami yakin JANNAH tempat mok.. Aamiin..

______________________________________________________

Buat adik-adik..

Along tau, along dop la sesempurna mok..
Tp Along akan cuba jadi yang terbaik untuk awak semua..
Jangan sedih-sedih..
Mok mesti dop suka kalau anak-anak dia sedih-sedih..
Kita kena kuat demi bak..
Bak jer yang kita ada sekarang ni..
Kalau awak semua dop kuat, camne Along nak kuat?
Memang..
Mula-mula ni akan rasa janggal..
Tp in shaa Allah kita akan terbiasa nanti..
Walaupun kita tau, semua perkara dalam rumah tu semua mok yang conquer dan handle..
Anggaplah semua yang berlaku ni ada hikmahnya untuk kita dan ada kebaikannya untuk arwah mok..

Angah Eja..
Cepat baik demam..
Jangan terlalu fikirkan masalah-masalah yang akan timbul selepas ni..
Kalau awak sakit, saya pun turut sakit..
Sebab sekarang ni saya dan bak sangat trauma dengan perkataan DEMAM.. 

Emmi..
Biarpun mok dah tak dop..
Tak bermakna cita-cita awak akan terbengkalai camtu jer..
Mok tentu nak tengok awak berjaya kat sana.. 
Jaga kesihatan baik-baik..
Kalau awak sakit nanti, camne awak nak jaga Dhani..
Jaga bak dan cuci luka bak baik-baik cam yang selalu mok buat..
Awak jer yang boleh buat kerja-kerja tu..
Tanggungjawab awak makin besar, Mi.. 
Along harap semua tu akan buat awak lebih matang..

Adik Erra..
Redha lebih baik..
Along tau awak tak puas bermanja dengan mok..
Dan Along tau sebelum mok 'pergi' awak dah mula luahkan perasaan dan rasa hati awak pada mok..
Mok ada bgtau Along yang awak sedang melalui hari-hari remaja..
Luahan awak mok dengar sebab mok tak nak awak memberontak..
Sekarang ni, tugas tu ada pada Along, Angah dan Kak Emmi..
Ada masalah atau ada apa-apa yang perlu awak nak luahkan, luahkan pada kami..
Tp kalau ada yang kami tegur, jangan ambil hati..
Sebab kami hanya nak yang terbaik untuk kamu..

Buat pok2 sdare dan mok2 sdare..
Terima kasih sebab ambik berat pasal kami dan bak..
Selalu jenguk kami..
Isi hari-hari kami dengan gelak tawa walaupun masih lagi terasa pahitnya..
Tp kami hargai usaha kalian..
Korang adalah yang terbaik..
Terima kasih..

 
  







4 comments:

  1. along buat "hujan" ditengahari... :'(
    saya sayang along, angah, adik emmi n adik erra..
    tolong kuat semangat k... sy tau susah nak lalui, sy pernah rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sangat sangat sukar Ila..
      takde mok buat semangat kami hilang..
      sebab segala benda kami bergantung dengan mok..
      even nak pilih pakaian kaler apa size apa sesuai ker tak sume mok yg tentukan..
      tp in shaa Allah kami akan cuba Ila..
      kami pun sayang Ila..

      Delete
  2. K.ayu..tabahkan hati..sayunye baca..semoga arwah tenang disana..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an Yuni..
      yuni yang baca pun sayu apatah lg kami yg lalui sume ni..
      tp in shaa Allah kami akan cuba terima slow2..
      demi ketenangan mok kt sana..

      Delete