Monday 28 October 2013

...ketika Ahmad Dhani Efendi dalam rahim mama.



Dah masuk setahun satu-satunya hero mama buat masa ni, Ahmad Dhani Efendi.
Nama yang dari dalam perut lagi dah mama n abah duk berkenan.
Arwah tokwan n aki pulak dari mama kecik2 lagi dah duk berkenan dengan nama Efendi.
Mama tunaikan hajat arwah tokwan n aki pada dhani sebab makcik- makcik dhani semua perempuan.

Teringat pada kisah blog mama yang lepas.
Kisah ketika mama menahan sakit lahirkan dhani.
Ada mama highlight tentang sentuhan arwah tokwan ketika sakit mama yang mama ' tak dapat bayangkan kalau arwah tokwan dah takde kat dunia ni lagi..'
Memang tak lama arwah tokwan bersama dhani, TUHAN terlalu sayangkan arwah tokwan dhani.


 Berbalik kepada pengalaman mama sepanjang kandungkan dhani.

Sebelum mama 'mendapat' dhani, rahim mama dah pernah kandungkan abg/ kakak dhani.
Tapi ianya tak lama, sayang.
Sempat hanya 2 minggu. Pun TUHAN lebih sayangkan mereka.
Belum rezeki mama n abah.
Banyak mama terima respon dari ramaiiiii orang yang terdekat. Yang lepas ni, mama akan 'sedikit sukar' nak mengandung lagi.
Memang mama n abah agak frust.
Tapi mama percaya ngan kuasa ALLAH SWT.
Dan ALHAMDULILLAH tak lama pun lepas mama kehilangan abg/ kakak dhani tu, mama n abah dapat kegembiraan baru dengan hadirnya dhani berusia 3 minggu ketika tu.
Masa tu TUHAN jer yang tahu perasaan mama, abah, arwah tokwan, aki dan makcik-makcik dhani.
Dan lepas tu jugak mama lebih berhati-hati dalam nak buat sesuatu pekerjaan.
Mama tak nak kehilangan 'nyawa' mama lagi.
Masuk 3-4 bulan usia dhani dalam rahim mama, kaki mama dah mulai bengkak/ sembap.
Betul-betul cam orang yang dah sampai masa nak bersalin.
Semua sandal dah tak muat apa lagi 'heels'.
Gi kedai cari size 'istimewa' pun takde.
Pernah mama gi opis pakai selipar getah, kene sound dek boss besar. Hahaha. Tebalkan telinga jerla.
Last-last naik ke ECM Kuantan.
Adala sepasang. Size 10. Tu pun kene tebuk lagi satu lubang untuk betul-betul muat bengkak yang ada pada kaki, mama.
Mama pun lalui morning sickness.
Tapi tak lama la.
Sebab mama cuma 'alah' kalau tak makan. Hahaha.
Dan start dari situla bermulanya satu 'penyakit' baru dalam hidup mama.

Mama pregnantkan dhani, tapi mama bleeding.
Every month.
Kadang-kadang kalau berdiri lama pun mama boleh bleeding.
Tiap kali urine test pun akan ada darah.
Pernah mama 'vakum' karpet kat rumah, tup tup keluar darah.
Hospital n klinik adalah rumah kedua mama masa tu, sayang.
Kadang-kadang mama dah 'kalis' dengan bleeding-bleeding ni.
Sebab mama tak sakit. Cuma selalu bleeding jer.
Masuk ward pun doc just suruh rest dengan tinggikan kaki.
Duk kat rumah buat camtu gak pun still bleeding gak.
Diorg kat hospital lagi bimbang dari diri mama sendiri.
Sebab diorang cakap, semua tu adalah simptom-simptom sawan ketika hamil.
Cuma satu simptom jer yang mama takde, tekanan darah tinggi.
Mulanya doc ingat uri mama duk kat bawah, tapi elok jer pun uri tu duk kat tempat dia.

Dari rak buku mama kat tingkat atas, mama dah ditugaskan kat bawah.
Terima kasih buat Abg Ray yang bagi kerjasama. Hehehe.
Nurse bagi arahan kat abah suruh pantau pemakanan dan emosi mama.
Memang betul-betul abah pantau bab pemakanan mama.
Selalu kena paksa minum susu.
Anyway pengalaman mama, susu ANMUM tak best. EVERYDAY gak yang best !
Abah bancuh gak satu mug besar paksa mama minum pagi dan malam.
Tiap kali makan nasi, abah akan sediakan daun salad dan tomato.
Kalau takde daun salad, abah akan beli kacang botol.
Betul-betul kena raging masa tu. Nightmare ! Hahahaha !
Vitamin tak pernah mama missed. Obimin tak pernah terputus bekalan.
Dan satu lagi penyakit mama masa pregnantkan dhani, pedih ulu hati.
Stok ubat pedih ulu hati memang akan selalu mama bawak g mana-mana dan tak pernah takde dalam peti ais.


Tup tup dah pun masuk 7bulan dhani dalam rahim mama.
Masa tu pun masih lagi bleeding.
Kaki pun dah jadi cam kaki gajah.
Nurse pun risau tengok.
Masa tu la agak kerap keluar masuk ward n selalu kena attend appointment ngan doc n pakar.
Sebab doc suspek mama akan lahirkan dhani awal dari masanya.
Masa tu mama asyik nangis jer.
Macam-macam berkenaan tentang 'kekurangan' kelahiran pramatang mama baca.
Tapi ALHAMDULILLAH, dhani masih kuat dalam rahim mama.
Kalau nak dikutkan, due dhani jatuh pada hari raya Aidiladha/ 26 Okt 2012, tapi disebabkan urine mama masih lagi mengandungi darah, doc percepatkan tarikh seminggu awal iaitu 19 Okt 2012.

Dan sekarang dhani dah pun setahun, sayang.
Setelah susah payah dan macam-macam dugaan yang mama lalui ketika kandungkan dhani, TUHAN balas dengan berikan dhani kesihatan yang baik, anak yang tak banyak karenah, menangis jauh sekali, kuat semangat.
Mudah-mudahan selamanya dhani camni, sayang.
Dhanilah harta dunia akhirat mama n abah.
Andaikata dhani terbaca blog mama ni bila dhani dah besar nanti, dan andaikata masa tu mama dah takde lagi, jangan lupa sedekahkan mama sesuatu yang boleh buat mama tersenyum 'di sana', sayang.
Jadi anak soleh.
Maafkan mama andai ada kekurangan sepanjang mama besarkan dhani.
Yang terbaik hanya dari ALLAH SWT, dan yang kurang hanya dari mama insan yang kerdil ini.
Mama sayang dhani.



No comments:

Post a Comment