Monday 11 August 2014

.. tahun kedua KEHILANGAN.

..masih lagi didalam syawal.

sebenarnya, masih lagi terasa 'hilang' sesuatu yang takde gantinya.
sesuatu yang sangat berharga.
sesuatu yang tak pernah menghampakan anak-anak dan suaminya.
sesuatu yang belum puas dikecapi kasih sayangnya.
sesuatu yang kadang-kadang terasa berada di sebelah bahu kanan saya.
segala sesuatu yang tak akan kami dapat putarkan masa untuk kembali bersama-sama.

2 tahun sudah kami sambut Aidilfitri tanpa arwah Mok.
2 tahun jugaklah kami tak tukar langsir rumah.
2 tahun jugak kami tak dapat nak bancuh tepung untuk buat biskut-biskut yang biasa Mok buat.
2 tahun dah jugak Bak tak rasa biskut tart sesedap air tangan Mok ( last minute, esok nak raya Bak mintak anak-anak carikan biskut tart kat Mydin @ Tunas Manja )
2 tahun jugak kami dah tak buat apa-apa acara Open House kat rumah tu, sebab masih lagi terbayang-bayang kesibukan Mok turun naik tangga, keluar masuk dapur layan tamu. ( walaupun ada yang kurang rasa sensitiviti, buat gurauan di hari 'hilangnya' Mok tentang takkan ada lagi Open House kat rumah kami )



dah takde aktiviti bergelak ketawa pada malam raya.
dah takde suara yang panggil kami adik beradik nak sarungkan barang-barang kemas untuk raya.
terngiang-ngiang lagi 'Meh mok wi pakai rantai ni, meh mok wi pakai gelang ni, g amik benang mok nok ikat skali, kalo putus kang dop ilang..'
masih lagi kami simpan video last malam raya pertama dengan arwah Mok..
video arwah Mok sedang sibuk siapkan Mee Kari utk juadah Open House raya kedua.
gelak tawa Mok sampai terhenjut-henjut bahu, berair mata-mata, tanpa keluarkan suara.
( tak dapat di upload, sbb masa tu arwah Mok tak pakai tudung )
indahnya raya kami masa tu..



tujuan luahan ni ditaip bukan sebab nak dapatkan simpati..
cuma sebagai renungan buat kawan-kawan dan kenalan..
manfaatkanlah segala apa yang kita ada untuk orang yang kita sayang selagi masih berkesempatan.
kami adik beradik sekarang cuma mampu menumpang kasih pd mereka-mereka ( pok-pok sedara, mok-mok sedara, sepupu-sepupu, kawan-kawan )yang prihatin terhadap kami, yang ambil berat pasal kami, yang memahami keadaan bak,saya dan adik-adik, yang kasihkan Dhani yg tak sempat membesar bersama arwah Wan nya, Dhani yg baru kehilangan arwah Tok nya seminggu sebelum Syawal menjengah kami.

jangan hanya pandai meneka-neka jika tak tau cerita.
jangan sesekali melepaskan amarah pada kami yang dah terlalu lama setia.
jangan sampai terkena atas batang hidung sendiri, baru nak ternganga.
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.

Al~ Fatihah buat Allahyarhamah Zaiton binti Nik di sana..

No comments:

Post a Comment