..masih lagi didalam syawal.
sebenarnya, masih lagi terasa 'hilang' sesuatu yang takde gantinya.
sesuatu yang sangat berharga.
sesuatu yang tak pernah menghampakan anak-anak dan suaminya.
sesuatu yang belum puas dikecapi kasih sayangnya.
sesuatu yang kadang-kadang terasa berada di sebelah bahu kanan saya.
segala sesuatu yang tak akan kami dapat putarkan masa untuk kembali bersama-sama.
2 tahun sudah kami sambut Aidilfitri tanpa arwah Mok.
2 tahun jugaklah kami tak tukar langsir rumah.
2 tahun jugak kami tak dapat nak bancuh tepung untuk buat biskut-biskut yang biasa Mok buat.
2 tahun dah jugak Bak tak rasa biskut tart sesedap air tangan Mok ( last minute, esok nak raya Bak mintak anak-anak carikan biskut tart kat Mydin @ Tunas Manja )
2 tahun jugak kami dah tak buat apa-apa acara Open House kat rumah tu, sebab masih lagi terbayang-bayang kesibukan Mok turun naik tangga, keluar masuk dapur layan tamu. ( walaupun ada yang kurang rasa sensitiviti, buat gurauan di hari 'hilangnya' Mok tentang takkan ada lagi Open House kat rumah kami )
dah takde aktiviti bergelak ketawa pada malam raya.
dah takde suara yang panggil kami adik beradik nak sarungkan barang-barang kemas untuk raya.
terngiang-ngiang lagi 'Meh mok wi pakai rantai ni, meh mok wi pakai gelang ni, g amik benang mok nok ikat skali, kalo putus kang dop ilang..'
masih lagi kami simpan video last malam raya pertama dengan arwah Mok..
video arwah Mok sedang sibuk siapkan Mee Kari utk juadah Open House raya kedua.
gelak tawa Mok sampai terhenjut-henjut bahu, berair mata-mata, tanpa keluarkan suara.
( tak dapat di upload, sbb masa tu arwah Mok tak pakai tudung )
indahnya raya kami masa tu..
tujuan luahan ni ditaip bukan sebab nak dapatkan simpati..
cuma sebagai renungan buat kawan-kawan dan kenalan..
manfaatkanlah segala apa yang kita ada untuk orang yang kita sayang selagi masih berkesempatan.
kami adik beradik sekarang cuma mampu menumpang kasih pd mereka-mereka ( pok-pok sedara, mok-mok sedara, sepupu-sepupu, kawan-kawan )yang prihatin terhadap kami, yang ambil berat pasal kami, yang memahami keadaan bak,saya dan adik-adik, yang kasihkan Dhani yg tak sempat membesar bersama arwah Wan nya, Dhani yg baru kehilangan arwah Tok nya seminggu sebelum Syawal menjengah kami.
jangan hanya pandai meneka-neka jika tak tau cerita.
jangan sesekali melepaskan amarah pada kami yang dah terlalu lama setia.
jangan sampai terkena atas batang hidung sendiri, baru nak ternganga.
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.
Al~ Fatihah buat Allahyarhamah Zaiton binti Nik di sana..
Monday, 11 August 2014
Monday, 30 December 2013
... kalau dah namanya MAK kan ?
tadi terbaca satu tulisan dari blog nih..
http://faizhamsidi.wordpress.com/2013/09/18/anak-dua/
bila anak dah dua, bermulalah kehidupan yang dinamakan 'kelam dan kabut'..
hahaha..
tp ALHAMDULILLAH si penulis memuji si wife..
dalam keadaan tak sihat camne pun, si wife akan pastikan perut si penulis dan anak-anak terisi.
memang kalau dah namanye MAK kan ?
yang sebenarnya memang bukan mudah sebagai MAK yang BEKERJAYA handle keluarga kan ?
tapi takla bermakna tugas MAK yang surirumah sepenuh masa tu ringan.
cuma bezanya, MAK bekerjaya ni, walaupun dalam duk 'mikior' pasal kerja kat opis, masih lagi sempat 'mikior' tentang RUMAH, SUAMI dan ANAK.
' nak masak pe balik petang nih erk ? asam pedas ker ? alaaa.. si anak plak takleh makan pedas..'
' eh nak buat sup ayam, daun sup plak takde lagi..'
' alaaaa bawang merah dah habis lah..'
' nak masakkan apa yang boleh anak ngan abah makan skali erk ? '
SURE soalan-soalan yang camni selalu ada dalam kepala korang kan ?
tak mudah sebenarnya menjadi seorang MAK yang BEKERJAYA..
kena pikir banyak benda dalam satu masa.
sekarang ni baru anak sorang.
belum lagi dua atau tiga.
mungkin kehidupan lagi terkejar-kejar kan ?
tapi tu la, diorang sebenarnya pembawa REZEKI... ALHAMDULILLAH..
bernasib baik sebab tinggal di kampung halaman sendiri.
tak sibuk dengan hiruk pikuk ' the way we jammed '..
dan sangat-sangat beruntung MAK cam saya ni ada si suami yang memahami.
~ MAK balik terkejar-kejar nak masak lauk, si suami plak tolong basuh beras masak nasi.
~ sudah makan, si suami basuh pinggan mangkuk sendiri sebab si suami tengok MAK masih lagi duk sebok suapkan si anak, belum lagi suap ke mulut sendiri.
~ si suami mesinkan kain baju dalam 'washer machine', tinggal MAK nih jemurkan jer pagi-pagi esok.
~ kalau jam 9pm si suami tengok si MAK nih dah terlelap, si suami lah tolong berjaga susukan si anak 3jam sekali.
ALHAMDULILLAH.
dan sekarang nih, tunggu si anak dah tak menyusu di malam hari jer kalau nak tambah lagi 'produk baru'.. hehehe..
MAK nak rehat dulu okey hehehe..
Tuesday, 10 December 2013
Tarikh Keramat K.A.M.I ~ 11.12.11
Esok dah masuk 2 tahun aku bergelar PUAN..
Anyway PUAN la sangat.. Hehe..
Tapi tarikh untuk esok lagi CANTEK.. 11.12.13..
Bermulanya cerita K.A.M.I..
- ni la gambo mula-mula ktorang tgkap masa berchenta dulu-dulu-
Berkenalan pada 7/11/10..
Berkawanla kami selama sebulan..
Pada 8/12/10 adalah 1st date kami..
26/12/10 dia putuskan nak jumpa Bak n Arwah Mok..
Gentlemannya dia masa dia cakap 'Bak, kite sebenornya suke ker Ayu. Kite ingat nak bowok dia g jupe keluarga kite 30hb ni.'
Uuhaiiiii ~
30/12/10 ~ Jumpe la aku dengan keluarga si dia. Alhamdulillah mendapat restu.
Aku pun dirisik pada 26/3/11..
Bertunanglah kami pada 11/6/11..
Dan alhamdulillah lepas segala macam dugaan dan rintangan kami tempuhi selama 6 bulan bertunang, 11/12/11 kami pun SELAMAT menjadi suami dan isteri.
Segalanya selesai hanya dalam tempoh setahun kami kenal..
Betullah kata Ustaz Kazim ' Kalau dah jodoh...' hehe..
Dan dengan izin Allah SWT..
Esok genaplah 2 tahun kami hidup bersama..
Semoga kami dimurahkan rezeki..
Dipanjangkan jodoh bersama sampai Ahmad Dhani Efendi akan dapat adik dan adik dan adik lagi..
In shaa ALLAH..
Semoga kami kekal bahagia sampai syurga.. Aamin Ya Rabbal Alamin ~

Wednesday, 13 November 2013
Monday, 28 October 2013
...ketika Ahmad Dhani Efendi dalam rahim mama.
Dah masuk setahun satu-satunya hero mama buat masa ni, Ahmad Dhani Efendi.
Nama yang dari dalam perut lagi dah mama n abah duk berkenan.
Arwah tokwan n aki pulak dari mama kecik2 lagi dah duk berkenan dengan nama Efendi.
Mama tunaikan hajat arwah tokwan n aki pada dhani sebab makcik- makcik dhani semua perempuan.
Teringat pada kisah blog mama yang lepas.
Kisah ketika mama menahan sakit lahirkan dhani.
Ada mama highlight tentang sentuhan arwah tokwan ketika sakit mama yang mama ' tak dapat bayangkan kalau arwah tokwan dah takde kat dunia ni lagi..'
Memang tak lama arwah tokwan bersama dhani, TUHAN terlalu sayangkan arwah tokwan dhani.
Berbalik kepada pengalaman mama sepanjang kandungkan dhani.
Sebelum mama 'mendapat' dhani, rahim mama dah pernah kandungkan abg/ kakak dhani.
Tapi ianya tak lama, sayang.
Sempat hanya 2 minggu. Pun TUHAN lebih sayangkan mereka.
Belum rezeki mama n abah.
Banyak mama terima respon dari ramaiiiii orang yang terdekat. Yang lepas ni, mama akan 'sedikit sukar' nak mengandung lagi.
Memang mama n abah agak frust.
Tapi mama percaya ngan kuasa ALLAH SWT.
Dan ALHAMDULILLAH tak lama pun lepas mama kehilangan abg/ kakak dhani tu, mama n abah dapat kegembiraan baru dengan hadirnya dhani berusia 3 minggu ketika tu.
Masa tu TUHAN jer yang tahu perasaan mama, abah, arwah tokwan, aki dan makcik-makcik dhani.
Dan lepas tu jugak mama lebih berhati-hati dalam nak buat sesuatu pekerjaan.
Mama tak nak kehilangan 'nyawa' mama lagi.
Masuk 3-4 bulan usia dhani dalam rahim mama, kaki mama dah mulai bengkak/ sembap.
Betul-betul cam orang yang dah sampai masa nak bersalin.
Semua sandal dah tak muat apa lagi 'heels'.
Gi kedai cari size 'istimewa' pun takde.
Pernah mama gi opis pakai selipar getah, kene sound dek boss besar. Hahaha. Tebalkan telinga jerla.
Last-last naik ke ECM Kuantan.
Adala sepasang. Size 10. Tu pun kene tebuk lagi satu lubang untuk betul-betul muat bengkak yang ada pada kaki, mama.
Mama pun lalui morning sickness.
Tapi tak lama la.
Sebab mama cuma 'alah' kalau tak makan. Hahaha.
Dan start dari situla bermulanya satu 'penyakit' baru dalam hidup mama.
Mama pregnantkan dhani, tapi mama bleeding.
Every month.
Kadang-kadang kalau berdiri lama pun mama boleh bleeding.
Tiap kali urine test pun akan ada darah.
Pernah mama 'vakum' karpet kat rumah, tup tup keluar darah.
Hospital n klinik adalah rumah kedua mama masa tu, sayang.
Kadang-kadang mama dah 'kalis' dengan bleeding-bleeding ni.
Sebab mama tak sakit. Cuma selalu bleeding jer.
Masuk ward pun doc just suruh rest dengan tinggikan kaki.
Duk kat rumah buat camtu gak pun still bleeding gak.
Diorg kat hospital lagi bimbang dari diri mama sendiri.
Sebab diorang cakap, semua tu adalah simptom-simptom sawan ketika hamil.
Cuma satu simptom jer yang mama takde, tekanan darah tinggi.
Mulanya doc ingat uri mama duk kat bawah, tapi elok jer pun uri tu duk kat tempat dia.
Dari rak buku mama kat tingkat atas, mama dah ditugaskan kat bawah.
Terima kasih buat Abg Ray yang bagi kerjasama. Hehehe.
Nurse bagi arahan kat abah suruh pantau pemakanan dan emosi mama.
Memang betul-betul abah pantau bab pemakanan mama.
Selalu kena paksa minum susu.
Anyway pengalaman mama, susu ANMUM tak best. EVERYDAY gak yang best !
Abah bancuh gak satu mug besar paksa mama minum pagi dan malam.
Tiap kali makan nasi, abah akan sediakan daun salad dan tomato.
Kalau takde daun salad, abah akan beli kacang botol.
Betul-betul kena raging masa tu. Nightmare ! Hahahaha !
Vitamin tak pernah mama missed. Obimin tak pernah terputus bekalan.
Dan satu lagi penyakit mama masa pregnantkan dhani, pedih ulu hati.
Stok ubat pedih ulu hati memang akan selalu mama bawak g mana-mana dan tak pernah takde dalam peti ais.
Tup tup dah pun masuk 7bulan dhani dalam rahim mama.
Masa tu pun masih lagi bleeding.
Kaki pun dah jadi cam kaki gajah.
Nurse pun risau tengok.
Masa tu la agak kerap keluar masuk ward n selalu kena attend appointment ngan doc n pakar.
Sebab doc suspek mama akan lahirkan dhani awal dari masanya.
Masa tu mama asyik nangis jer.
Macam-macam berkenaan tentang 'kekurangan' kelahiran pramatang mama baca.
Tapi ALHAMDULILLAH, dhani masih kuat dalam rahim mama.
Kalau nak dikutkan, due dhani jatuh pada hari raya Aidiladha/ 26 Okt 2012, tapi disebabkan urine mama masih lagi mengandungi darah, doc percepatkan tarikh seminggu awal iaitu 19 Okt 2012.
Dan sekarang dhani dah pun setahun, sayang.
Setelah susah payah dan macam-macam dugaan yang mama lalui ketika kandungkan dhani, TUHAN balas dengan berikan dhani kesihatan yang baik, anak yang tak banyak karenah, menangis jauh sekali, kuat semangat.
Mudah-mudahan selamanya dhani camni, sayang.
Dhanilah harta dunia akhirat mama n abah.
Andaikata dhani terbaca blog mama ni bila dhani dah besar nanti, dan andaikata masa tu mama dah takde lagi, jangan lupa sedekahkan mama sesuatu yang boleh buat mama tersenyum 'di sana', sayang.
Jadi anak soleh.
Maafkan mama andai ada kekurangan sepanjang mama besarkan dhani.
Yang terbaik hanya dari ALLAH SWT, dan yang kurang hanya dari mama insan yang kerdil ini.
Mama sayang dhani.
Tuesday, 30 July 2013
..Al~Fatihah, Mok.
Raya dah tak lama pun lagi..
Hati Along? Makin dekat raya, makin sayu rasanya..
Terbayang-terbayang siapkan segalanya bersama-sama dengan arwah mok dan adik-adik..
Bak pulak mundar-mandir keluar masuk bilik, tak senang hati tengok anak beranak ni duk riuh rendah kat ruang tamu..
Mok..
Tahun nie, takde langsir raya kat rumah kita..
Takde kuih raya cam biasa kita buat sama-sama..
Kalau ada pun yang adik-adik buat..
Tapi.. Tak sama bahagianya buat sama-sama ngan mok..
Bukan sebab bila mok dah takde baru kami tau nak hargai mok..
Tapi sebab memang sepanjang hidup Along, kita tak pernah missed lalui semua tu bersama-sama kan mok?
Along tak tau dan tak dapat nak agak camnelah emosi kami berlima di pagi raya nanti..
Saat dengar takbir raya buat pertama kali tanpa mok di sisi..
Mok.. Along rindu mok..
Kadang-kadang terlintas dalam hati, kenapa mok yang perlu pergi dulu?
Tak sempat tengok Ahmad Dhani Efendi dah pandai buat macam-macam..
Tak sempat tengok Ahmad Dhani Efendi melaram dengan baju melayu..
Sedangkan mok la orang yang paling tak sabar nak tengok cucu pertama mok bergaya dengan baju melayu..
Berat sangat mok..
Sambut Ramadhan tanpa mok pun dah buat kami menitiskan airmata, apatah lagi kami nak sambut Syawal tanpa mok..
Takkan ada lagi nasi dagang mok pada raya kedua..
Along pun dah takde mood lagi nak buat lontong yang biasa sama-sama kita buat..
Mok jangan risau.. Kami tetap akan beraya, tapi mungkin tak semeriah masa mok ada bersama..
Kalau ikutkan, beratnya hati kami nak beraya kemana-mana..
Tapi kami jugak tak nak putus silaturrahim..
Mok..
Sebab apa mok perlu pergi dulu?
Along belum puas beraya dengan mok..
Kalaulah ALLAH bagi peluang kedua untuk Along beraya sama-sama dengan mok tahun ni..
Sikit pun Along tak nak buat mok penat layan karenah kami..
Tapi mok.. Along redha.. Along tau takkan ada peluang kedua untuk kami merasa bahagia beraya bersama-sama mok..
Cuma kami masih berpeluang untuk bekalkan doa buat mok beraya jugak 'di sana'..
Mok..
Tahun depan pun mungkin kami masih lagi tanggung perasaan seberat sekarang ni..
Sebab mok adalah yang terbaik buat kami..
Kenangan bersama mok, kalaulah boleh dibingkaikan, along akan bingkaikan dan tampal di setiap sudut yang ada..
Tapi mok..
Along cuma manusia biasa..
Yang bila mana terkenang, Along akan nangis..
Sebab mok takde galang gantinya..

Wednesday, 5 June 2013
40 hari - Al ~ Fatihah..
Esok 7 Jun 2013 bersamaan 28 Rejab 1434 / Jumaat..
Genap 40 hari arwah mok g..
Along dop tau nak cakap camne perasaan Along sekarang..
Yang pasti Along rindukan mok..
Mungkin sekarang sikit sebanyak Along dah mula terima kehidupan tanpa mok, tapi tak semudah tu sebenarnya..
Tak mudah bila mana segala sesuatu keputusan yang perlu Along buat yang kebiasaannya mok yang tentukan segalanya, terpaksa Along tentukan sendiri..
Berat mok..
Sangat berat..
Inilah dugaan paling berat yang terpaksa Along terima..
Takde mok, ibarat patah satu kaki Along..
Sebab segalanya Along terlalu bergantung harap pada mok..
Sampaikan nak balik tengahhari ke rumah mok pun kadang-kadang perasaan Along terbawak-bawak cam mok masih lagi ada kat rumah..
Kadang-kadang berat sangat hati nak balik rehat tengahhari kat rumah bak..
Tapi nak buat camne, Along masih lagi ada tanggungjawab pada Dhani, Angah Ami dan Achu kat rumah..
Walaupun dah hampir 40 hari mok tinggalkan kami, tapi tak sedikit pun kami rasakan yang kami dah jauh dari mok..
Tiap hari kami rasa cam mok masih ada..
Masih terbayang-bayang mok ada depan mata kami..
Cuma..
Kami dah tak nampak mok dengan mata kasar kami..
Tapi kami yakin mok masih bersama kami..
Tiap-tiap hari nak g keje, Along akan lalu kat tepi 'rumah baru' mok..
Along akan stop kat tepi tu sedekahkan 'bekalan' untuk mok..
Kata hati Along,
Mok..
Rehatlah selamanya mok kat sana..
Along tau, mok dah penat bekerja untuk kami..
Amanlah dan bahagialah mok kat sana dengan 'bekalan amal' yang pernah mok buat semasa hayat mok..
Kami kat sini akan sentiasa sedekahkan 'bekalan' untuk mok..
Mudah-mudahan mok tak kehausan kat sana..
Kami sayang mok..
Kita jumpa kat sana nanti yer, mok..
Al ~ Fatihah..
Subscribe to:
Posts (Atom)